Anwar, calon perdana menteri yang fahami masalah dan derita rakyat


CALON Perdana Menteri Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan seorang pemimpin yang tahu dan memahami derita dialami rakyat, kata isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Bercakap dalam ucapan majlis minum petang bersama Persatuan Wanita Anggerik, di Putrajaya pada Rabu, Wan Azizah berkata Pengerusi Pakatan Harapan itu dan keluarganya telah melalui derita yang turut yang dirasai rakyat sepanjang 10 tahun dipenjarakan.

"Orang kata Anwar gelojoh nak jadi PM (Perdana Menteri). la...bakal, bakal, bakal la.

"Anda kena ingat, dia 'spend' 10 tahun dalam penjara. Dia tahu derita rakyat dan kami laluinya," kata Wan Azizah yang digelar wanita besi itu.

Turut hadir pada program itu adalah Calon Parlimen Putrajaya, Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz yang meruakan satu-satunya calon Orang Kurang Upaya (OKU).

Noraishah menghidap penyakit spina bifida sejak lahir, beliau meletak jawatan sebagai pensyarah kanan di Jabatan Parasitologi Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM) baru-baru ini untuk bertanding di bawah Pakatan Harapan (HARAPAN).

Gabungan itu telah menamakan Anwar sebagai calon Perdana Menteri ke-10 sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Baru-baru ini, sekumpulan 70 profesor Melayu tampil menyatakan sokongan terbuka supaya Anwar diangkat sebagai perdana menteri.

Sehari kemudian, 102 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mewakili masyarakat Melayu turut memberi sokongan serupa kepada Anwar dengan menyatakan Presiden KEADILAN itu sebagai satu-satunya pemimpin yang mampu menyelamatkan dan memulihkan imej negara di mata dunia.

Ketokohan Anwar tak lagi boleh diragui
Sementara itu dalam ucapannya, Wan Azizah  mengajak agar rakyat memilih HARAPAN pada hari pengundian kelak.

"Ini negara kita, kita mahu negara kita ditadbir secara baik. Undilah HARAPAN," katanya.

Pada PRU ini, Wan Azizah yang pernah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri bakal bertanding di Parlimen Bandar Tun Razak bagi merampas kembali kerusi yang dikhianati itu.

 

Post a Comment

0 Comments