CALON Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi kerusi
Parlimen Shah Alam mahu memastikan isu kos sara hidup rakyat yang
semakin mendesak dan masalah banjir di kawasan itu dapat diselesaikan
secara efisen.
Azli Yusof yang merupkan Timbalan Pengerusi Parti
Amanah Negara (Amanah) Selangor itu berkata kedua-dua isu itu sangat
penting dan beliau akan memperjuangkannya sebaik mungkin sekiranya
diberi mandat oleh rakyat pada Sabtu ini.
“Masalah banjir luar
biasa yang melanda Shah Alam tahun lalu cukup memberi kesan trauma
kepada penduduk yang terlibat. Jadi, isu ini akan menjadi antara perkara
pokok yang akan saya perjuangkan nanti.
“Kita ingin memastikan
penyelesaian masalah banjir ini bukan bersifat jangka pendek kerana kita
sedar bencana alam ini berkait dengan perubahan iklim semasa,” katanya.
Menyentuh mengenai isu ekonomi terutama untuk anak muda pula, Azli menawarkan untuk mewujudkan hab ‘e-bisnes’ di Shah Alam.
Hab
itu jelasnya penting sebagai ekosistem untuk anak muda memulakan
perniagaan dan memperjuangkan perlindungan keselamatan kepada pekerja
‘ekonomi gig’.
Menyedari masalah kepadatan penduduk di Shah Alam,
beliau memberi tawaran baharu untuk menambah keselesaan dan melegakan
penduduk.
Ia antaranya menangani masalah kesesakan lalu lintas,
membina sekolah menengah di kawasan U10, menambah bilangan klinik
kesihatan pesakit luar, klinik ibu dan anak, membuat pembangunan yang
seimbang di Shah Alam dan juga membangun semula unit kediaman lama.
Berdasarkan
semakan, penduduk di Shah Alam setakat kini menghampiri angka 700,000
orang dengan umur median pendudukan sekitar 30 tahun.
Jumlah kependudukan yang tinggi itu disumbang oleh sektor pendidikan dan perindustrian yang pesat di kawasan itu.
Sementara
itu, Azli yang berpengalaman sebagai Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam
(MBSA) selama tiga tinggal penggal ketika ditanya perjalanan kempennya
berkata, lebih 80 peratus penduduk di pusat bandar Selangor telah
disantuni melalui kempen fizikal dan secara maya.
Tambanya,
bersandarkan maklum balas yang diterima sepanjang melakukan siri kempen
yang menemukan dirinya dengan masyarakat pelbagai peringkat umur dan
latar belakang.
“Alhamdulillah semakin kita hampir ke penghujung
ini saya dapat rasai yang pengundi di Shah Alam ini sudah mula tunjuk
kecenderungan dengan memberi sokongan kepada saya serta memilih HARAPAN
yang ingin diundi mereka.
Parlimen Shah Alam merupakan kerusi
yang dianggap sebagai kubu kuat HARAPAN apabila ia telah dimenangi sejak
3 penggal lalu oleh gabungan itu.
Azli menggantikan penyandang,
Khalid Abdul Samad yang diarah untuk merampas kembali kerusi Parlimen
Titiwangsa pada PRU kali ini.
Selain Azli, calon lain yang mahu
merebut kerusi ibu negeri Selangor itu adalah Hizatul Isham Abdul Jalil
(BN), Muhammad Rafique Rashid Ali mewakili Gerakan Tanah Air (GTA) dan
Afif Bahardin yang mewakili PN.
Pengerusi HARAPAN, Datuk Seri
Anwar Ibrahim yang baru-baru ini hadir ke Majlis Minum Petang di Padang
Flat Seksyen 16 pada Khamis meletak harapan agar pengundi Shah Alam
memenangkan Azli.
Beliau turut menyelar calon PN sebagai pengkhianat parti.Pelan dikemuka Azli mencangkupi semua isu
"Kita
dah dengar banyak penerangan di sini dan saya faham calon PN itu
seorang pengkhianat. Pengkhianat ini jangan kita pandang ringan (kerana)
dia khianat semata-mata hendak dapat jawatan.
Afif Bahardin
adalah ADUN Seberang Jaya yang memenangi kerusi itu pada PRU-14, namun
sekutu kuat Mohamad Azmin Ali itu dipecat susulan langkah Sheraton.
0 Comments