PAKATAN HARAPAN (HARAPAN) tidak akan mengadakan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) sekiranya gagal mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan pusat selepas Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini.
Pengarah pilihan raya Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Rafizi Ramli berkata begitu dalam satu temu bual dengan Utusan Malaysia.
Walau bagaimanapun ketika menjelaskan senario yang mungkin berlaku kelak, Rafizi berkata pihaknya mempertimbangkan untuk dengan gabungan parti dari Sabah atau Sarawak bagi membentuk kerajaan sekiranya HARAPAN tidak cukup majoriti.
“Maksudnya apabila ada gabungan melibatkan sama ada Sabah atau Sarawak, kerajaan gabungan yang mahu dibentuk itu kenalah kerajaan yang stabil dengan mengambil kira kepentingan Semenanjung dan Sabah serta Sarawak.
"Saya yakin itu juga akan dipertimbangkan oleh gabungan parti di Sabah dan Sarawak.
“Contohnya HARAPAN dapat 100 kerusi dan apabila dipersetujui akhirnya untuk membentuk kerajaan antara HARAPAN dengan salah satu gabungan parti dari Sabah atau Sarawak.
“Kalau HARAPAN dapat 100 kerusi tambah lagi 25 kerusi, kita jadi kerajaan kuat, maka tidak timbul soal kerajaan jatuh atau bertukar seperti sebelum ini, jadi boleh beri fokus kepada perancangan lima tahun untuk membangunkan negara,” katanya.
Rafizi sementara itu mahu pemimpin parti politik di Sabah dan Sarawak berfikir mengenai nasib dan masa depan rakyat.
Jelasnya, sekiranya HARAPAN memperolehi kerusi lebih banyak namun enggan menjalin kerjasama politik dengan HARAPAN, ia dikhuatiri hanya akan menyebabkan sebuah lagi kerajaan tidak stabil terbentuk.
“Ambil BN sedikit, ambil PN sedikit mungkin jadi kerajaan 112 kerusi atau 115 kerusi. Jadi hendak mentadbir itu sebenarnya boleh, sebab gabungan Sabah dan Sarawak ada sejarah lebih lama dengan tokoh-tokoh BN mahupun PN.
“Namun mereka harus fikir panjang dan payah kalau kerajaan ada 115 kerusi nanti undang-undang tidak lepas, bajet ada masalah dan berebut sesama sendiri.
“Jadi sahabat pimpinan parti politik Sabah atau Sarawak kena ada kesedaran iaitu kita tidak boleh dalam tempoh lima tahun lagi ada kerajaan sekejap macam ini, sekejap berkecamuk,” katanya.
HARAPAN tutup pintu kerjasama dengan BN-PN |
Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Fadillah Yusof berkata buat masa ini fokus GPS adalah untuk memastikan gabungan itu menang besar dalam pilihan raya kali ini demi meneruskan agenda memperjuangkan hak Sarawak.
0 Comments