HARAPAN boleh tawan Perak dengan kehadiran Anwar


GELOMBANG sokongan rakyat Perak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di negeri Perak mampu memberi kelebihan untuk Pakatan Harapan (HARAPAN) merampas kembali pentadbiran Perak, kata Mujahid Yusof Rawa.

Mujahid yang merupakan Pengerusi HARAPAN Perak berkata, tinjauan rambang di lapangan menunjukkan Anwar membawa pengaruh besar, tidak kira di peringkat DUN mahupun Parlimen negeri itu, sekaligus mereka yakin dapat memenangi 40 kerusi DUN pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Saya yakin dengan kehadiran Anwar di Perak telah membawa satu gelombang baik di peringkat Parlimen mahupun DUN.

“Melihat kepada kebangkitan dan sokongan itu serta tinjauan rambang yang kita buat, kita yakin 40 kerusi kita boleh menang,” katanya pada satu sidang media di ibu pejabat gabungan itu di Parit Buntar.

Naib Presiden Parti Amanah itu juga berkata, sasaran partinya untuk memenangi 25 hingga 30 kerusi Parlimen di seluruh negara pada pilihan raya kali ini mampu dicapai.

Gelombang kebangkitan tercetus di Perak


Ini jelasnya berpandukan kebangkitan rakyat yang menolak Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN).

Sebagai rekod, pada PRU14, Amanah memenangi 11 kerusi Parlimen dan HARAPAN mengambil alih pentadbiran di negeri Perak setelah gabungan itu menag di 29 kerusi DUN.

Namun, pentadbiran gabungan itu di Perak tumbang selepas Bersatu meninggalkan HARAPAN susulan Langkah Sheraton.

Post a Comment

0 Comments