Anwar janji pujuk tokoh dunia bantu pulih ekonomi negara


PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap rakyat dapat memberikan mandat mentadbir negara kepada gabungan diketuainya bagi memastikan usaha menyelamatkan negara dapat digerakkan.

Dalam ucapannya di Pengkalan Chepa pada siri jelajahnya pada Jumaat berkata, sekiranya pentadbiran negara di beri kepada pihak yang salah,  ia tidak akan memulihkan keyakinan pelabur asing ke atas negara ini sekaligus menyebabkan usaha memulihkan ekonomi negara yang sedang tenat terbantut.

Ketika ini menurutnya, masalah ekonomi negara berpunca dari tindakan menyamun dan merompak duit negara oleh para pemimpin politik menyebabkan kenaikan harga barangan yang melampau-lampau perlu diselesaikan segera

Justeru sekiranya dilantik mengetuai kerajaan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 19 Nov ini, fokus utama yang akan diberikan oleh kerajaan baru nanti adalah memulihkan ekonomi negara termasuk menarik semula pelabur ke negara ini.

“Kita ada kontaks, kita ada pengalaman. Kita ada hubungan baik dengan China, dengan India dan dengan Turki tentunya.

“Kita ada hubungan baik dengan Amerika dan juga Eropah.

“Insya Allah, jika diberikan mandat, saya akan berhubung dengan mereka, tolong bagi perhatian, mari sama-sama invest di Malaysia,” kata Anwar dalam ceramahnya.

Sementara itu Anwar ketika menyentuh langkah penjimatan kewangan negara berjanji akan membuat pemotongan gaji perdana menteri apabila beliau dilantik nanti.

“Saya ada elaun ahli Parlimen, saya akan tolak gaji perdana menteri. Duta khas yang tiada kerja, dibatalkan.

“Jumlah menteri dikurangkan, gaji menteri akan jauh dikurangkan. Kalau tak mahu jadi menteri, tak apa,” kata Anwar yang pernah dinobatkan sebagai Menteri Kewangan terbaik Asia itu.

Anwar ada hubungan baik dengan pemimpin dunia


Selain mendapat sambutan hangat di setiap siri lokasi ceramahnya, ucapan Anwar turut disiarkan secara langsung.


Ucapan Anwar di Pengkalan Chepa yang meletakkan pengasas kempen bendera putih, Nik Faizah binti Nik Othman ketika pendemik Covid-19 itu sahaja menerima tontonan hampir 17,00 penonton secara online.


Post a Comment

0 Comments