HARAPAN akan menang paling banyak kerusi - Ilham Centre


SEBUAH
badan pengkaji meramalkan Pakatan Harapan (HARAPAN) berada di kedudukan hadapan pada persaingan pilihan raya umum kali ini.
 
Ilham Centre melalui kajian dilakukan mencadangkan gabungan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bakal mendapat 87 kerusi parlimen atau 39.2 peratus undi

Barisan Nasional (BN) pula bakal mendapat 51 kerusi, Perikatan Nasional – PN (25), Gabungan Parti Sarawak – GPS (18), Warisan (6) Gabungan Rakyat Sabah – GRS (6), Gabungan Tanah Air – GTA (1), Parti Bangsa Malaysia – (1) dan bebas 1.

Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Mohamad Hisomuddin Bakar dalam kenyataannya walau bagaimanapun berkata, 26 kerusi lagi masih belum dapat ditentukan akibat pertembungan sengit.

26 kerusi yang masih sengit menjadi rebutan dan belum dikenalpasti milik siapa adalah Kangar, Arau, Pokok Sena, Kulim Bandar Baharu, Ketereh, Bukit Gantang, Sungai Buloh, Temerloh, Sungai Besar, Kuala Selangor, Tampin, Ayer Hitam, Kudat, Putatan, Penampang, Sipitang, Kinabatangan, Tawau, Kalabakan, Sri Aman, Lubok Antu, Igan, Sarikei, Miri, Kimanis dan Lawas.

PRU-15 dianggap pilihan raya paling sengit
Menurut Hisomuddin lagi, setakat kajian dilakukan mereka ketika ini, belum ada mana-mana gabungan parti yang boleh keluar selaku pemenang dengan garis majoriti mudah 112 kerusi.

Dengan mengambil kira kadar keluar mengundi sekitar 80 peratus, Ilham membuat prediksi di atas terhadap 222 kerusi Parliman yang dipertandingkan.

Post a Comment

0 Comments