PRESIDEN dan Ketua Pegawai Eksekutif EMIR Research, Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff menyambut baik kenyataan perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu menghentikan amalan pemberian projek perolehan tanpa tander dalam kerajaan.
Beliau berkata, sistem tender terbuka adalah amalan telus yang radikal dan rundingan terus sepatutnya dihapuskan termasuk tender terhad dan tender terkawal.
Justeru sistem pentadbiran tegasnya mesti menjalani satu pembersihan dalaman supaya budaya tender terbuka benar-benar diterapkan dan bukan sekadar menjadi tindak balas paparan sahaja.
"Oleh itu, model input-output-outcome/hasil-impak (IOOI) mesti dipraktikkan dalam semua peringkat perolehan daripada perancangan bajet sehingga pelaksanaan bajet," ujarnya dipetik laporan Sinar.
Tambah Dr Rais, langkah itu yang meliputi beberapa projek yang sedang dan bakal dilaksanakan termasuk projek pelancaran 5G yang diterajui Digital Nasional Berhad (DNB) mampu memberi penjimatan sehingga RM25 bilion kepada kewangan negara.
"Walaupun projek ini akan dilancarkan secara berfasa dalam tempoh 10 tahun, tetapi kos upfront (kos masa hadapan ditanggung sekarang) kerana bon yang dikeluarkan adalah jangka masa panjang.
"Nilai pinjaman juga secara keseluruhannya sudah mencecah RM12 billion (termasuk pinjaman bank). Ia lebih kurang 0.01 peratus daripada KDNK negara.
"Walaupun jumlahnya nampak kecil, tetapi ia tidak mengambil kira pembaziran dan ketirisan dari tahun yang lalu dan juga daripada aktiviti lain seperti rasuah dan penyelewengan," katanya.
Beliau turut menggangarkan kira-kira RM3 trilion telah lenyap akibat rasuah, penyalahgunaan kuasa dan ketirisan sepanjang 25 tahun lalu.
Langkah tepat pastikan wang negara tak dibazir |
Semalam Anwar pada majlis perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya mengajak penjawat awam tidak lagi mengizinkan kebocoran, ketirisan dan rasuah terus berleluasa.
Sebagai langkah pertama, beliau tidak mahu lagi ada projek kerajaan diberi tanpa tender terbuka.
0 Comments