SEORANG wartawan veteran Thailand yang mengulas mengenai hal ehwal serantau menyifatkan Malaysia beruntung apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai perdana menteri ketika negara amat memerlukan seorang pemimpin intelek dan berwibawa
Menganggap pelantikan itu tepat pada masanya, Dr Kavi Chongkittavorn dipetik laporan Bernama berkata, sekarang Malaysia bakal dilihat dan diperkatakan secara lebih positif oleh dunia luar.
"Tetapi laluan berliku berada di hadapan Anwar...Buat kali pertama, Malaysia mempunyai pemimpin yang mempunyai pandangan sejagat dan terkenal dalam kalangan masyarakat antarabangsa.
"Diharapkan kepimpinan Anwar akan mengukuhkan lagi profil Asia. Lagipun, beliau pemimpin pertama yang bersuara mengenai Renaissance Asia walaupun ia sudah dua dekad berlalu,” tulisnya dalam laman sesawang berita Inggeris dalam talian Perkhidmatan Penyiaran Awam Thai (PBS Thai).
Mengulas prospek ekonomi Malaysia, beliau berkata tanda-tanda positif dapat dilihat selepas Anwar dinamakan sebagai perdana menteri
Indeks saham Malaysia melantun dan Ringgit melonjak jelasnya telah memberi isyarat bahawa pelabur telah menunjukkan keyakinan tinggi kepada Anwar dan kerajaan yang bakal dipimpinnya.
"Itu yang Malaysia perlukan sekarang,” katanya sambil berharap pelantikan Anwar sebagai perdana menteri akan menjadi 'magnet' Malaysia untuk menjana imej positif bagi meningkatkan keyakinan perniagaan di negara ini.
"Selama beberapa dekad dengan penyertaan berterusan Anwar dalam isu-isu transnasional dan global yang berkaitan hak sivil dan politik, memerangi rasuah, hubungan Timur-Barat dan pelbagai hala, beliau sepatutnya menjadi magnet negara dalam menjana imej Malaysia yang lebih positif yang akan meningkatkan pelaburan dan keyakinan perniagaan.
"Barat akan gembira dengan kerajaan baharu di Kuala Lumpur dan Putrajaya,” tambah felow kanan di Institut Keselamatan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Chulalongkorn itu.
Anwar mampu mengangkat semula profil Asia |
"Halangan kedua juga tidak kurang pentingnya iaitu Anwar mesti memenangi hati dan fikiran rakyat termasuk orang Melayu konservatif. Mereka akan menjadi kumpulan penting,” katanya lagi.
0 Comments