ISTANA Pahang telah memberi perkenan pembentukan kerajaan Pahang yang terdiri daripada gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (HARAPAN).
Melalui satu kenyataan oleh Pengelola Bijaya DiRaja Sultan Pahang, Ahmad Khirrizal Ab Rahman, Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hssanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultn Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan Wan Rosdy Wan Ismail dilantik sebagai menteri besar.
"Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang selanjutnya memperkenankan pembentukan kerajaan negeri Pahang Darul Makmur daripada parti Barisan Nasional dan Pakatan Harapan.
“Berdasarkan kuasa yang diperuntukkan kepada Raja Pemerintah sebagaimana yang dinyatakan dalam Bahagian II, Perkara 3.(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang telah berkenan untuk melantik Wan Rosdy Wan Ismail sebagai Yang Berhormat Menteri Besar Pahang," kata Ahmad Khirrizal dalam kenyataan itu.
Majlis angkat sumpah akan diadakan pada 11 pagi ini di Balairung Seri, Istana Abu Bakar.
Pengerusi HARAPAN Pahang Amirudin Shari pada Sabtu memaklumkan gabungan itu yang memegang lapan kerusi sudah mencapai persetujuan dengan BN yang memegang 16 kerusi untuk menubuhkan kerajaan negeri.
BN turut mengadakan rundingan dengan PN yang mempunyai 17 kerusi, namun rundingan itu gagal.
Sebelum ini kerajaan negeri Perak juga berjaya dibentuk dengan penggabungan antara HARAPAN dan BN setelah tiada mana-mana blok politik berjaya membentuk kerajaan secara bersendirian.
Wan Rosdy menang di DUN Jelai pada PRU ke-15 dengan mendapat 10,092 undi dan menang dengan majoriti 6,983 undi. Ketua Umno Cameron Highlands itu tidak pernah tewas di DUN Jelai sejak 2004 dan ini merupakan penggal keduanya sebagai menteri besar.
Melalui satu kenyataan oleh Pengelola Bijaya DiRaja Sultan Pahang, Ahmad Khirrizal Ab Rahman, Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hssanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultn Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan Wan Rosdy Wan Ismail dilantik sebagai menteri besar.
"Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang selanjutnya memperkenankan pembentukan kerajaan negeri Pahang Darul Makmur daripada parti Barisan Nasional dan Pakatan Harapan.
“Berdasarkan kuasa yang diperuntukkan kepada Raja Pemerintah sebagaimana yang dinyatakan dalam Bahagian II, Perkara 3.(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang telah berkenan untuk melantik Wan Rosdy Wan Ismail sebagai Yang Berhormat Menteri Besar Pahang," kata Ahmad Khirrizal dalam kenyataan itu.
Majlis angkat sumpah akan diadakan pada 11 pagi ini di Balairung Seri, Istana Abu Bakar.
Pengerusi HARAPAN Pahang Amirudin Shari pada Sabtu memaklumkan gabungan itu yang memegang lapan kerusi sudah mencapai persetujuan dengan BN yang memegang 16 kerusi untuk menubuhkan kerajaan negeri.
BN turut mengadakan rundingan dengan PN yang mempunyai 17 kerusi, namun rundingan itu gagal.
Semoga pembangunan Pahang diteruskan |

0 Comments