Bantahan pencalonan sengaja diada-adakan - Aminuddin


BANTAHAN dikemukakan Calon Gerakan Tanah Air (GTA), Ahmad Idham Ahmad Nadzri terhadap pencalonan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun di Parlimen Port Dickson tidak menimbulkan sebarang masalah.

Jelas Aminuddin, perkara tersebut telah pun disemak sebaik mungkin termasuk dengan SPR sebelum keputusan mengambil bahagian dalam Pilihan Raya Umum (PRU-15) kali ini dibuat.

Isu tersebut jelasnya sengaja dicipta bagi membangkitkan perdebatan terhadapnya.

“Jawatan Menteri Besar adalah bukan jawatan penjawat awam yang dilantik ataupun kita memohon jawatan tersebut. Itu adalah jawatan politik. Kalau tak ada politik, tak ada siapapun akan jadi Menteri Besar.
 
“Jadi saya rasa ia jelas dan kita telah semak dengan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) sebelum saya mengisi borang dan penamaan calon dibuat.. Tak ada isulah," katanya.

Ahmad Idham yang mewakili Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) di kerusi Port Dickson mengemukakan bantahan dibawah Akta Pilihan Raya Perkara 48 (1) C yang memetik klausa peraturan sedia ada, tidak membenarkan mana-mana calon untuk kekal memegang sebarang jawatan dan berpendapatan. Dia merujuk jawatan Aminuddin sebagai Menteri Besar.

Tak timbul isu, semakan dah dilakukan


Sementara itu ketika mengulas mengenai kempennya, Aminuddin menjelaskan bahawa beliau ingin menumpukan sepenuhnya perhatian kepada keperluan masyarakat sekitar Port Dickson untuk dilaksanakan sepenuhnya nanti.


Ini termasuklah isu-isu semasa setempat seperti masalah air selain infrastruktur yang perlu diperbaiki atau dinaik taraf dan sekian lama membelenggu masyarakat di daerah tersebut.
 

Post a Comment

0 Comments