Usah terpengaruh propaganda ‘jangan turun mengundi’


PENGUNDI digesa tidak terpengaruh dengan propaganda ‘jangan turun mengundi’ kerana kadar turun mengundi yang rendah akhirnya hanya akan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) untuk kembali berkuasa.

Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH), Hasbie Muda berkata, BN yang dipimpin Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini telah berjaya dalam taktik mereka membubarkan Parlimen untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semasa musim banjir.

“Maka, jangan biarkan propaganda ‘jangan turun mengundi’ pula menjadi kekuatan tambahan kepada BN.

“Justeru, dengan mengambil semangat melakukan perubahan seperti yang berlaku dalam PRU lalu, saya menyeru kepada semua pihak agar menjawab semula propaganda songsang ‘jangan turun mengundi’,” ujarnya dalam kenyataan.

Seorang penganalisis politik, Profesor Wong Chin Huat sebelum ini berpandangan pembubaran Parlimen bagi membuka ruang pilihan raya ketika musim tengkujuh dilihat sebagai strategi sesuatu parti politik untuk memastikan peratus keluar mengundi rendah.

Langkah itu jelasnya dilakukan bagi memenangkan parti berkenaan.
 
"Saya rasa ada pihak rasakan bahawa PRU (perlu) dipercepatkan dalam keadaan pembangkang tidak bersedia dan ada pihak harapkan bahawa keadaan banjir akan menyekat pengundi," tegasnya  merujuk keputusan PRN (Pilihan Raya Negeri) Melaka dan Johor yang menyaksikan peratusan mengundi rendah apabila ramai pengundi tidak pulang mengundi yang akhirnya menguntungkan 'satu pihak itu'

Sementara itu Hasbie menegaskan bahawa rakyat perlu difahamkan bahawa mereka memiliki kuasa yang kuat dan kukuh untuk melakukan perubahan dalam negara ini.

Rakyat juga katanya perlu sedar musibah demokrasi seperti Langkah Sheraton tidak akan berulang lagi selepas undang-undang lompat parti telah berkuat kuasa bermula 5 Oktober lalu.

“Pelaksanaan undang-udang larangan lompat parti ini telah meletakkan rakyat pada kedudukan yang lebih tinggi sebagai penentu masa depan negara.

Jangan terpedaya hasutan tak keluar undi


“Inilah jasa besar rakyat kepada negara selepas bersatu hati tanpa mengira bangsa dan agama dengan melakukan perubahan dalam PRU lalu.


“Kejayaan besar ini telah mendapat perhatian dan dipuji di seluruh dunia,” kata Hasbie dalam kenyataan itu.

Post a Comment

0 Comments