Perkara 48(5), Najib tak boleh bertanding PRU15

BEKAS presiden Badan Peguam, Salim Bashir menegaskan bahawa Najib Razak - bekas Presiden Umno yang dipenjara tidak boleh bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Dipetik laporan Malaysiakini, Salim berkata perkara itu jelas dinyatakan melalui perkara 48(5) dalam perlembagaan Persekutuan.

Tambahnya, penangguhan kehilangan kelayakan seseorang ahli parlimen mengikut Perkara 48(4) Perlembagaan Persekutuan hanya terpakai jika parlimen belum dibubarkan.

“(Ia) bukan untuk tujuan pencalonan, pelantikan atau pemilihan ke mana-mana dewan parlimen,” kata Salim.

Beliau berkata begitu sebagai mengulas laporan media bahawa Umno bahagian Pekan lima nama, termasuk Najib, untuk dipertimbangkan sebagai calon bagi kerusi parlimen di situ pada PRU ke-15 yang dijangka ditetapkan tarikhnya tidak lama lagi.

Najib tak layak jadi calon PRU15
Sementara itu tambah Salim, melainkan Najib mendapat pengampunan penuh daripada Yang di-Pertuan Agong, pegawai pengurus pilihan raya boleh menolak kertas pencalonan individu hilang kelayakan mengikut Peraturan-Peraturan Pilihan Raya 1981.

Kerusi parlimen Pekan disandang Najib sehinggalah dia disabitkan bersalah atas pertuduhan jenayah oleh mahkamah dan dihukum penjara 12 tahun.

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Ser Anwar Ibrahim baru-baru ini menyindir tindakan Umno Pekan mencadangkan nama Najib dengan mengusulkan supaya bahagian Umno itu dibekalkan dengan salinan Perlembagaan Persekutuan.

Post a Comment

0 Comments