GOLONGAN pengundi muda yang pertama kali akan menunaikan tanggungjawab mereka wajar membuat pilihan dengan bijak menolak Umno-BN dari terus berkuasa sekali lagi.
Penyandang kerusi DUN Permatang Pasir, Faiz Fadzil berkata, sekiranya golongan itu tersalah membuat pilihan, bukan sahaja mereka namun semua rakyat ini akan menerima kesan untuk tempoh 5 tahun kedepan.
“BN dan Umno tidak harus diberi sedikit pun sokongan kerana sejarah 2015 membuktikan rakyat dipaksa untuk membayar cukai GST dan akan berulang selama 5 tahun lagi sekiranya mereka mendapat mandat kali ini.
”Mereka juga membuatkan rakyat derita dan sengsara dengan memotong dan mengurangkan subsidi sehinggakan harga barangan meningkat naik, rakyat terdesak, merana dan tidak terbela.
“Sekiranya BN dan Umno terpilih, yakinlah pimpinan mereka juga akan mengacau bilaukan sistem kehakiman dan perundangan bagi melepaskan diri terhadap pelbagai pertuduhan sehinggakan sanggup mendakwa bahawa dakwaan yang dibuat adalah dakwaan terpilih, sedangkan ada bukti ketara wujudnya transaksi masuk dan keluar jutaan ringgit,” ujar peguam itu.
Jangan terlupa kesengsaraan zaman BN |
Sarannya, orang muda perlu bangun dan bangkit serta tidak harus membiarkan perasuah dan penyagak berterusan memerintah negara serta Pakatan Harapan (HARAPAN) telah pun bersedia untuk menyelesaikan masalah rakyat dibawah.
Tambah beliau HARAPAN amat memerlukan undi orang muda bagi merealisasikan perubahan serta memastikan Putrajaya sekali lagi diterajui demi membela nasib rakyat.
0 Comments