NURUL IZZAH ANWAR tampil menafikan dakwaan Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan kononnya parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) sedang mengadakan rundingan sulit bersama Umno.
Sambil menyifatkan kenyataan Wan Saiful itu sebagai bohong, Nurul Izzah yang juga Naib Presiden KEADILAN menegaskan dakwaan itu sekadar khabar angin yang sengaja dimainkan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
“Sudah terang lagi bersuluh kekecewaan kami, selaku ahli parlimen yang tidak mahu parlimen dibubarkan kerana ia mengheret seluruh rakyat Malaysia untuk berhadapan dengan bahaya bencana alam dan musim tengkujuh.
“Kita tidak mahu menerima pakai politik begini dan ini sekadar khabar angin yang tidak sihat menjelang PRU,” kata Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perlis itu.
Beliau sebelumnya ditemui media ketika menghadiri Majlis Pelancaran Jelajah Prihatin Deepavali Keadilan Pulau Pinang di George Town semalam.
Wan Saiful baru-baru ini mendakwa perbincangan dilakukan kedua-dua parti itu bagi meminimumkan pertembungan dalam pilihan raya umum nanti seterusnya mengusahakan pembentukan kerajaan bersama secara bersama antara kedua-dua parti itu.
Mendakwa mendapat maklumat itu dari 'rakan dalam Pakatan Harapan', Dia mendakwa rundiangan teramat sulit melibatkan pasukan Ahmad Zahid dengan pasukan Anwar terus berjalan.
Wan Saiful kemudian berkata, dia sendiri tidak pasti kesahihan dakwaan tersebut.
Untuk rekod, Anwar sebelum ini mengakui tidak merasa kesal terlepas jawatan Perdana Menteri pada 2020 kerana tidak mahu bersekongkol dengan perasuah.
KEADILAN tak gadai prisip untuk kuasa |
Bagaimanapun, tawaran itu ditolak selepas diminta memberi jaminan untuk menutup kes mahkamah membabitkan dua pemimpin Umno demi mempertahankan prinsip perjuangannya.
0 Comments