Umpan peneroka Felcra, Ismail Sabri salah guna kuasa?


PENGUMUMAN Ismail Sabri Yaakob bahawa Putrajaya bersetuju secara dasar untuk menghapuskan RM223.8 juta hutang peneroka Felcra dikritik dan dianggap sebagai penyalahgunaan kuasa.

Beberapa Ahli Parlimen pembangkang menegaskan Ismail tiada kuasa menghapuskan hutang peneroka Felcra berjumlah berjuta-juta ringgit terutama atas statusnya sebagai perdana menteri kerajaan sementara selepas Parlimen dibubarkan.

Dipetik laporan media semalam, M Kula Segaran yang merupakan penyandang Parlimen Ipoh Barat sebarang keputusan seperti itu tidak boleh dibuat melainkan ia diluluskan terlebih dahulu Jemaah Menteri dan dimaklumkan di Dewan Rakyat sebelum Parlimen dibubarkan.

“Apabila beliau (Ismail) sudah melakukan semua proses ini, barulah beliau boleh membuat pengumuman,” kata naib pengerusi DAP itu dipetik porta FMT.

Bekas menteri sumber manusia itu turut menganggap pengumuman Ismail sebagai satu bentuk rasuah kerana beliau mempengaruhi peneroka untuk mengundi kerajaan sedia ada,” katanya yang juga bekas menteri sumber manusia.

Pengumuman Ismail turut mendapat perhatian Ketua Penerangan KEADILAN, Fahmi Fadzil.

Beliau turut merujuk kenyataan Ketua Setiausaha Negara, Zuki Ali pada Isnin lalu yang menjelaskan secara terperinci fungsi terhad kerajaan sementara termasuk Jemaah Menteri tiada kuasa untuk membuat sebarang keputusan dasar.

Sependapat bahawa Ismail tidak seharusnya membuat pengumuman itu kerana peranannya sebagai perdana menteri sementara, mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan sama ada pengumuman Ismail itu adalah satu bentuk rasuah.

“Saya berpendapat SPRM perlu menjelaskan pendiriannya,” katanya dan menambah Ismail harus berhenti membuat kenyataan dan pengumuman dasar seperti itu kerana dia bukan “perdana menteri penuh” lagi.
 
Pengerusi Bersih, Thomas Fann pula dipetik laporan sama berkata, pengumuman Ismail itu umpama “salah guna dana kerajaan” dengan menggunakan wang pembayar cukai untuk “memancing undi” dalam kalangan peneroka Felcra dan pekebun getah kecil Risda.

“Namun sedihnya, tindakan salah guna dana kerajaan ketika pilihan raya tidak dianggap sebagai satu jenayah oleh undang-undang ketika ini,” katanya.

Ismail didakwa langkau kuasa PM sementara


Penasihat Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman sementara itu mengingatkan pengundi bahawa pengumuman Ismail sekadar “janji pilihan raya dan retorik untuk membeli undi”.


Katanya, peruntukan tidak dapat disalurkan kepada peneroka dan pekebun getah kecil kerana Parlimen sudah dibubarkan.

“Bagi saya Ismail menyalahgunakan kuasanya dan SPRM harus menyiasat perkara ini,” katanya.

Post a Comment

0 Comments