Cikgu Fadli 'hentam' Radzi Jidin, rindu zaman Dr Mazlee Malek

 



SEMALAM, akaun Facebook Radzi Jidin dibanjiri komen warganet selepas menteri kanan pendidikan itu menyatakan hasrat berjumpa Mohd Fadli Salleh - seorang guru matematik yang berdepan tindakan buang kerja atau diturunkan pangkat, .

Rata-rata warganet menyindir pemimpin parti Bersatu itu yang menurut mereka hanya perasan isu berkaitan guru itu pilihan raya semakin hampir.

Zam Tahir dalam ruangan komen secara sinis berkata, semua pihak perlu faham dengan tindakan Radzi itu kerana ini adalah waktu untuk pemimpin politik itu ambil peluang untuk dapatkan perhatian memandangkan Pilihan raya tidak lama lagi.

Fadli sebelum ini konsisten mempersoalkan kewajaran silibus matematik, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Semakan 2017 yang didakwanya terlalu sukar dan “laju” bagi tahap kefahaman pelajar berumur tujuh hingga 12 tahun.
 
Beliau mendakwa sudah  berkali-kali cuba membuat aduan menerusi saluran disediakan KPM malah pernah bersoal jawab dengan pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Gombak berhubung isu silibus tinggi itu, namun tidak mendatangkan hasil.

Natijahnya, guru itu diberikan surat tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat yang ditandatangani pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan Kumpulan Sokongan.

Portal FMT dalam laporan semalam berkata, Fadli sebelum ini sering membuat “penandaan” kepada Radzi dan KPM dalam banyak hantaran di Facebook miliknya, namun sekali pun tidak bersahut.

Fadli sendiri memngakui laporan FMT apabila mempersoalkan mengapa sekarang, ketika isu itu menjadi perhatian umum, Radzi tampil memberi perhatian.

“Baru malam ni beliau respon sedangkan saya berkali-kali tag beliau sebelum ini.

"Saya komen di post beliau, saya komen di page KPM merujuk pada beliau sejak bertahun lamanya. Tak pernah beliau respon walau sekali,” kata Cikgu cemerlang dari Sekolah Kebangsaan Gombak (1) itu dipetik laporan Malaysiadateline.

Melalui perkongsian video “Jom sembang isu pendidikan jom”, yang disiarkan di laman Facebooknya, beliau mengakui merindui zaman Dr Mazlee Malek menjadi Menteri Pendidikan.

Menurut kejatuhan Dr Mazlee dan naiknya regim lama telah membawa perubahan besar semula kepada sistem pendidikan di negara ini.

"Budaya lama berkembang balik dalam KPM, budaya yang bersifat hukuman, budaya sesiapa menegur KPM akan dikenakan tindakan.

“Bila naiknya Radzi Jidin, KPM terus jadi autokratik atau komunis,” tambahnya.

Fadli turut berkongsikan keterbukaan ketika era pentadbiran Pakatan Harapan (HARAPAN) yang lebih bersikap demokrasi dalam pendidikan di mana sesiapa saja bebas memberikan pendapat tanpa dibayangi hukuman.

Pentadbiran HARAPAN lebih bersikap terbuka
“Bila peralihan kepada Dr Mazlee, KPN sangat terbuka. Saya tak pernah lihat lagi sebarang tindakan diambil terhadap mana-mana guru yang mengkritik KPM.

“Dia mendengar, di sini mahalnya beliau,” katanya sambil menambah bahawa Mazlee akan bertemu dengan pengkritik bagi mendengar keluhan yang ingin dikongsikan mereka.

Post a Comment

0 Comments