PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua jentera dan penyokong gabungan itu mengandakan usaha untuk pastinya semua calon gabungan itu menang.
Bercakap ketika pelancaran Iltizam Wanita & Jentera Pilihan Raya PRU-15 Pakatan Harapan di Shah Alam, minggu lalu, Anwar berkata dengan kemenangan itu maruah rakyat yang dikhianati sebelum ini dapat dikembalikan.
“Pastikan semua calon kita samada dari KEADILAN, Amanah atau DAP dan juga Upko serta rakan-rakan yang kita sedang berunding menang kerusi mereka.
“Hanya dengan cara ini saja kita boleh menebus maruah kita dan kembali ke Putrajaya,” kata Presiden KEADILAN itu.
Tambah Anwar, jentera HARAPAN tidak boleh memilih untuk menangkan calon mana kerana semua calon yang menggunakan logo Harapan perlu dimenangkan.
Dalam satu sidang media selepas majlis itu Anwar berkata, Majlis Presiden HARAPAN berusaha untuk memastikan sekurang-kurangnya 30% calon yang bakal diketengahkan gabungan itu pada PRU kali ini adalah terdiri dari calon wanita.
“Kita berusaha untuk pastikan sekurang-kurangnya 30 peratus adalah calon wanita. Itu juga adalah tuntutan Wanita HARAPAN dan kita tidak boleh
pandang ringan permintaan ini kerana mereka adalah tonggak dan kekuatan
dalam gerakan kita,",” kata Anwar.
Sementara itu, Anwar ketika mengulas desakan Wanita HARAPAN supaya penasihat KEADILAN, Dr Wan Azizah Wan Ismail terus bertanding pada PRU akan datang berkata pihaknya mengambil maklum desakan itu dan akan pertimbangan mengenainya.
Jelas Anwar, pada ketika ini fokus gabungan itu adalah bagi persiapan jentera parti untuk memenangkan calon-calon yang ditampilkan kelak. Wanita adalah tonggak kekuatan HARAPAN
Pada PRU14, Wan Azizah yang mewakili KEADILAN di Parlimen Pandan menang besar 52,543 undi majoriti menewaskan calon BN Leong Kok Wee.
Beliau kemudian menjadi wanita pertama dilantik ke jawatan Timbalan Perdana Menteri.
0 Comments