Pakat-pakat tinggalkanlah PAS - Mat Sabu


PRESIDEN
Parti Amanah Negera (AMANAH), Mohamad Sabu menyeru ahli PAS meninggalkan parti itu yang menurutnya sudah berpegang kepada perjuangan asalnya.

Mohamad yang pernah menjadi Timbalan Presiden PAS pada Pelancaran Sukarelawan Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Kepala Batas di Penaga pada Jumaat berkata parti itu tidak lagi konsisten dalam pelbagai isu termasuklah hudud yang menjadi nyawa mereka sebelum mendapat kuasa sebagai pemerintah.

“Tak ada lagi isu hudud yang dibangkitkan di Parlimen sepertimana mereka sering laung-laungkan sebelum ini kerana mereka hanya inginkan kuasa sahaja.

"Pakat-pakat tinggalkanlah PAS"

”Hanya ingin jadi menteri, timbalan menteri, senator dan lain-lain kuasa yang boleh mereka perolehi, sebaliknya tidak mempunyai prinsip.

"PAS harus ditolak bukan saja oleh orang Islam bahkan juga bukan Islam,” ujar beliau.

Isu hudud kata bekas Menteri Pertahanan itu telah dijadikan modal digunakan parti yang mendakwa memperjuangkan Islam itu sejak sekian lama.

Pada April 2017, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang membentangkan usul persendirian berkaitan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 (RUU 355) di Dewan Rakyat.
 
Pindaan ini difahamkan tiada kaitan dengan Hudud.

PAS kemudian dilapor memutuskan untuk menangguhkan dahulu ‘perjuangan’ bagi melaksanakan RUU 355 itu.

Mohamad Sabu dakwa PAS dah tak konsisten
Sementara itu dalam program serupa, Mohamad menegaskan bahawa HARAPAN harus menang dalam PRU ke-15 kali ini.

Dengan cara itu tegasnya, Umno-BN tidak akan mampu untuk bangun dan bangkit meneruskan pengkhianatan mereka lagi.

Beliau turut menegaskan pengkhianatan ahli politik terhadap mandat rakyat seperti yang berlaku melalui Langkah Sheraton perlu menjadi iktibar dan tidak wajar berulang sekali lagi.

Post a Comment

0 Comments