Tiada perbincangan pembubaran Parlimen


PERDANA MENTERI, Ismail Sabri Yaakob tidak membincangkan hal berkaitan pembubaran Dewan Rakyat tidak dibincangkan semasa  menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Portal Malaysiakini dalam laporannya petang tadi berkata, perkara itu disahkan sumber dari Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan maklumat daripada pihak istana.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin memberitahu Malaysiakini bahawa majlis menghadap hari ini hanyalah taklimat sebelum mesyuarat kabinet.

“Hari ni cuma (taklimat) prakabinet. Isu-isu prakabinet, mesyuarat mingguan,” katanya menurut laporan itu.

Ahmad Fadil juga berkata pihak istana tidak menerima sebarang titah berhubung pembubaran Parlimen.

“Tuanku tak titah buat apa-apa kenyataan,” katanya sambil menambah ini berkemungkinan bermakna kerajaan akan meneruskan pentadbirannya seperti biasa.

Umno yang dipimpin Ahmad Zahid Hamidi pada Jumaat lalu memutuskan pilihan raya umum akan datang mesti diadakan tahun ini.

Spekulasi sebelum ini bertiup kencang bahawa perdana menteri akan membubarkan parlimen sebelum bajet dibentangkan esok.

Ismail bertemu top 5 Umno lepas menghadap Agong
Sebaik menghadap Yang di-Pertuan Agong , Naib presiden Umno kini dilaporkan di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur untuk bertemu  lima pemimpin tertinggi Umno termasuk Ahmad Zahid di ibu pejabat parti itu pada 5 petang tadi.

Tidak pasti apa tujuan pertemuan “Top 5” itu, tetapi ia dipercayai ada kaitan dengan pembubaran Parlimen.

Post a Comment

0 Comments