KETUA PEMBANGKANG, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan mengapa isu kenaikan harga barang dan kejatuhan nilai mata wang negara tidak menjadi perkara penting untuk dibahaskan pihak kerajaan di Dewan Rakyat.
Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Port Dickson berkata, isu itu wajar dibahaskan kerana rakyat perlu tahu apakah punca dan langkah kerajaan dalam menangani masalah tersebut.
"Orang mengadu harga barang terlalu tinggi...nak hidup susah, nak dapat minyak makan tak ada .. tapi dalam dewan menteri cakap semua dah diatur.
"Saya nak tanya, pasukan jihad makanan ni buat apa... kamu mentekedarah sorang ke?,soal Anwar.
Beliau sebelumnya hadir dalam siri ceramah Jelajah Rakyat di Bandar Tun Razak baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Anwar menegaskan bahawa kerajaan sewajarnya mencari jalan membantu rakyat dan bukan sekadar memberi kenyataan seolah-olah semua terkawal.
Memberi contoh harga minyak masak yang tinggi, beliau menegaskan bahawa ia tidak sepatutnya berlaku kerana Malaysia merupakan salah satu negara yang membekalkan bahan komoditi itu kepada dunia.
Justeru beliau mengulangi cadangan agar kerajaan berunding dengan syarikat besar pengeluar minyak masak untuk menjual bahan itu pada kadar rendah di dalam negara.
"Saya cadang syarikat yang untung besar beri-lah 10 peratus atau 15 peratus jual dalam negeri dengan untung rendah.
"Jadi yang itu boleh jual dalam negara dengan kadar harga yang rendah.
"Tapi menteri, perdana menteri tak ada yang berani berdepan dengan taukey-taukey besar ni. itu masalah," kata Anwar.
Dalam ceramah sama, Presiden KEADILAN itu juga merayu agar rakyat dapat memberi sokongan penuh kepada Pakatan Harapan (HARAPAN) dalam pilihan raya umum kelak.
Tegasnya, rakyat perlu bangkit dan bersatu padu menyokong gabungan itu dalam menegakkan keadilan.
![]() |
Pilih k'jaan bela rakyat, bukan kepentingan sendiri |
"Kalau macam ni sekarang berdegar-degar bersyarah, guna Al-Quran...ucapan bangkitkan semangat melayu tetapi masalah rakyat tak juga dapat dibela," tambahnya sambil memberi jaminan untuk meletakkan calon yang integriti dan bebas rasuah untuk bertanding dalam PRU nanti.
0 Comments