PAKATAN HARAPAN (HARAPAN) sedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tanpa penglibatan Pengerusi parti Pejuang Dr Mahathir Mohamad.
Setiausaha Agung gabungan itu, Datuk Seri Saifuddin Nasution dipetik laporan media ketika mengulas kenyataan Mahathir bahawa dia sanggup 'menjilat ludahnya sendiri' dan berhubung dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menghadapi PRU15 berkata, mereka bagaimanapun menghormati pelawaan itu.
"Kami hormat sebagai rakan yang pernah kami ada pengalaman berjuang bersama. Kami faham ketika terdesak mencari kawan, semasa senang mungkiri janji.
"Ya. Kita berkongsi tujuan yang sama untuk kalahkan BN dan PN. Namun, PH hadapi PRU15 kali ini sebagai gabungan tanpa Mahathir.
"Kami doa Mahathir diberi kesihatan yang baik dan jika Mahathir pilih masuk bertanding kami ucap selamat maju jaya," katanya dipetik Malaysiakini.
Mahathir yang memungkiri janjinya untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Presiden KEADILAN itu berkata dia bersedia bertemu dengan Anwar demi mengelakkan kerosakan kepada negara.
Bagaimanapun Saifuddin kembali mengingatkan Mahathir terhadap tindakannya yang akhirnya menyebabkan kerajaan dipilih rakyat itu tumbang.
"Kami pernah mempunyai hubungan dengan Mahathir pada PRU 2018 dengan niat dan tujuan yang baik iaitu menjatuhkan kerajaan kleptokrat.
"Hasilnya Mahathir jadi perdana menteri dengan dokongan parti-parti KEADILAN, DAP dan Amanah. Ketika itu semua keputusan dibincang bersama tapi Mahathir letak jawatan tanpa sepatah pun bawa bincang.
"Pendirian Mahathir juga sangat jelas bahawa dia tidak pernah cuba mematuhi perjanjian yang dimeterai. Dia tahu tentang perancangan khianat dari dalam. Dan dia pilih untuk melanggar janji disepakati," kata Saifuddin lagi.
Setiausaha Agung gabungan itu, Datuk Seri Saifuddin Nasution dipetik laporan media ketika mengulas kenyataan Mahathir bahawa dia sanggup 'menjilat ludahnya sendiri' dan berhubung dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menghadapi PRU15 berkata, mereka bagaimanapun menghormati pelawaan itu.
"Kami hormat sebagai rakan yang pernah kami ada pengalaman berjuang bersama. Kami faham ketika terdesak mencari kawan, semasa senang mungkiri janji.
"Ya. Kita berkongsi tujuan yang sama untuk kalahkan BN dan PN. Namun, PH hadapi PRU15 kali ini sebagai gabungan tanpa Mahathir.
"Kami doa Mahathir diberi kesihatan yang baik dan jika Mahathir pilih masuk bertanding kami ucap selamat maju jaya," katanya dipetik Malaysiakini.
Mahathir yang memungkiri janjinya untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Presiden KEADILAN itu berkata dia bersedia bertemu dengan Anwar demi mengelakkan kerosakan kepada negara.
Bagaimanapun Saifuddin kembali mengingatkan Mahathir terhadap tindakannya yang akhirnya menyebabkan kerajaan dipilih rakyat itu tumbang.
"Kami pernah mempunyai hubungan dengan Mahathir pada PRU 2018 dengan niat dan tujuan yang baik iaitu menjatuhkan kerajaan kleptokrat.
Tiada penglibatan dengan Tun M pada PRU15 |

0 Comments