MENTERI BESAR Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun diumumkan sebagai calon Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi Parlimen Port Dickson pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Perkara itu diumumkan sendiri Presiden KEADILAN yang juga bekas Ahli Parlimen kerusi itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pada program Jelajah Harapan Negeri Sembilan di Dataran Segar di sini.
" Dia (Aminuddin) orang sini, buat kerja baik, banyak bantu saya, orang Kampung Pachitan, Chuah dan dia calon sesuai untuk ganti saya di sini.
"Saya amat yakin dia akan jaga Port Dickson dengan baik kerana dia anak tempatan dan juga Menteri Besar Negeri Sembilan," kata Anwar.
Anwar pada Khamis mengesahkan bahawa beliau akan bertanding di Parlimen Tambun, Perak yang merupakan salah satu kerusi disandang golongan pemimpin yang digelarnya sebagai golongan 'pengkhianat'
Aminuddin sambung usaha Anwar di PD |
Beliau turut menyatakan keyakinan HARAPAN mampu mengekalkan kemenangan di Negeri Sembilan.
Anwar yang juga Pengerusi gabungan itu memenangi kerusi Parlimen Port Dickson dalam Pilihanraya Kecil Port Dickson pada 13 Oktober 2018 dengan majoriti 23,560.
0 Comments