PAKATAN HARAPAN yakin mampu mempertahan semua kerusi dimenangi mereka di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata begitu dalam satu majlis makan malam anjuran DAP Pulau Pinang di Bukit Mertajam pada Sabtu.
Namun katanya, walaupun rakyat di peringkat akar umbi jelas memberi isyarat menyokong gabungan itu, namun jentera parti tegasnya mesti bekerja lebih keras mendekati pengundi di seluruh pelusuk kampung dan bandar.
"Kita akan kerja dan kita akan pertahankan kerusi-kerusi kita. Saya yakin kita boleh bertahan, mood baik, we go underground... kita pergi ke kampung-kampung, kita pergi ke bandar," katanya.
Anwar kini sedang giat melakukan siri jelajah ke seluruh negara bagi menemui penyokong sebagai persediaan menghadapi PRU15 yang dijangka diumumkan tidak lama lagi.
Pada Sabtu, Ketua Pembangkang itu hadir ke Harapan Perak Bangkit di Tanjung Piandang dengan ribuan rakyat hadir mendengar isu-isu semasa dibangkitkan.
![]() |
Jentera tetap kena kerja keras |
Beliau turut keyakinan bahawa kerusi yang dimenangi selama tiga penggal berturut-turut sejak PRU12 itu diyakini mampu dipertahankan.
0 Comments