BELANJAWAN 2023 yang diumumkan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz pada Jumaat disifatkan tidak memihak golongan pesara tentera.
Presiden Pertubuhan Suara Patriotik Rakyat Malaysia (PSPRM), Mior Rosli Mior Mohd Jaafar ketika mengulas belanjawan itu mendakwa bajet yang dibentangkan langsung tidak menitikberatkan hak yang dituntut mereka.
Dipetik laporan Malaysiakini, beliau mempersoalkan dimana janji-janji dibuat Menteri Pertahanan, Hishammuddin Hussein yang kononnya akan membela kebajikan para veteran melalui belanjawan itu.
“Sebelum bajet, menteri pertahanan sebut macam-macam janji akan masuk belanjawan… tapi satu pun tak masuk.
“Sebenarnya Bajet 2023 tidak menyentuh satu pun apa yang kami tuntut dari hak kami dari sudut undang-undang
“Pesara tentera tidak ada peruntukan apa-apa, nak puas hati macam mana? katanya dipetik laporan Malaysiakini.
Beliau sementara itu mempersoal beberapa pengumuman yang diumumkan, namun sebenarnya tidak khusus kepada mereka.
“Kalau bajet kata veteran dapat tambang separuh harga.. sudah 30 tahun kami dapat tambang kereta api separuh harga.
“Bukan kami je dapat, semua warga emas pun dapat,” ujarnya merujuk pengumuman diskaun 50 peratus kepada veteran (ATM) dan pesara polis yang menggunakan pengangkutan awam bawah kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mulai tahun depan melalui inisiatif MyWIRA.
Veteran ATM pada Setember lalu berkumpul di hadapan bangunan Jabatan Perdana Menteri bagi menuntut hak kebajikan mereka.
Antara tuntutan yang dibuat adalah berkenaan penyelarasan pencen dapat serta mendesak kerajaan mengkaji semula pencen hilang upaya terhadap veteran yang cedera perang dan semasa bertugas.
Sementara itu, Hishammuddin Hussein dalam satu laporan media meminta PSPRM tidak membuat tuduhan melulu dengan mendakwa belanjawan dibentangkan tidak memihak kepada golongan pesara tentera.

![]() |
PSPRM persoal mana janji dibuat menteri |
Antara tuntutan yang dibuat adalah berkenaan penyelarasan pencen dapat serta mendesak kerajaan mengkaji semula pencen hilang upaya terhadap veteran yang cedera perang dan semasa bertugas.
Sementara itu, Hishammuddin Hussein dalam satu laporan media meminta PSPRM tidak membuat tuduhan melulu dengan mendakwa belanjawan dibentangkan tidak memihak kepada golongan pesara tentera.
Katanya, mereka sewajarnya datang bertemu pihaknya dan berbincang bagi menentukan perkara yang benar-benar dapat membantu veteran.
0 Comments