PENGARAH Komunikasi Pakatan Harapan (HARAPAN), Fahmi Fadzil menyeru orang ramai tidak memboikot Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini.
Fahmi membuat seruan itu melalui satu hantaran di laman Twitternya susulan beberapa ciapan sebelumnya yang mengajak dan hantaran di media sosial yang mengajak orang ramai memulaukan pilihan raya kali ini.
Mengulas hal itu, Fahmi menegaskan bahawa mengundi adalah hak rakyat untuk memilih pemimpin yang akan mentadbir negara.
“Boikot undi? Don’t (Jangan) Itu yang dimahukan mereka yang merosakkan sistem. Mereka mahu kita putus harap pada demokrasi, dan mahu kembali bermaharajalela.
“Undi kita, hak kita. Suara kita, kuasa kita!,” ciap penyandang kerusi Lembah Pantai itu.
Mengulas lanjut mengenai hak mengundi, Fahmi berkata setiap undi adalah sangat bermakna bagi menjatuhkan kerajaan yang zalim mahupun menegakkan kerajaan yang zalim.
“Berikan satu signal yang jelas, libatkan diri dalam proses demokrasi dalam negara supaya Malaysia boleh menjadi lebih baik di masa depan,” katanya lagi.
Perdana Menteri Ismail
Sabri pada Isnin mengumumkan Parlimen dibubarkan selepas diperkenan oleh
Yang di-pertuan Agong untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum
ke-15 (PRU15).
Pihak pembangkang sebelum ini menegaskan tidak wajar pilihan raaya diadakan ketika ini apabila negara dijangka berdepan perubahan monsun yang meningkatkan risiko berlakunya banjir.
Mereka bimbang sekiranya pilihan raya diadakan dalam keadaan tersebut ia akan menyukarkan pengundi dan rakyat secara amnya.
Fahmi membuat seruan itu melalui satu hantaran di laman Twitternya susulan beberapa ciapan sebelumnya yang mengajak dan hantaran di media sosial yang mengajak orang ramai memulaukan pilihan raya kali ini.
Mengulas hal itu, Fahmi menegaskan bahawa mengundi adalah hak rakyat untuk memilih pemimpin yang akan mentadbir negara.
“Boikot undi? Don’t (Jangan) Itu yang dimahukan mereka yang merosakkan sistem. Mereka mahu kita putus harap pada demokrasi, dan mahu kembali bermaharajalela.
“Undi kita, hak kita. Suara kita, kuasa kita!,” ciap penyandang kerusi Lembah Pantai itu.
Mengulas lanjut mengenai hak mengundi, Fahmi berkata setiap undi adalah sangat bermakna bagi menjatuhkan kerajaan yang zalim mahupun menegakkan kerajaan yang zalim.
“Berikan satu signal yang jelas, libatkan diri dalam proses demokrasi dalam negara supaya Malaysia boleh menjadi lebih baik di masa depan,” katanya lagi.
Adakah kita tak kisah masa depan kita? |

0 Comments