SEORANG pemimpin Amanah menyelar belanjawan dibentangkan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dengan menyifatkannya sebagai belanjawan paling gagal.
Faiz Fadzil yang merupakan Pengerusi Biro Pengguna Tani dan Luar Bandar dalam satu kenyataan berkata belanjawan dilihat seperti tiada usaha konkrit untuk menyelesaikan masalah kos sara hidup, khususnya berkaitan inflasi makanan.
“Bukan sahaja subsidi telah dipotong lebih RM22 bilion, peruntukan bantuan BKM kepada keluarga miskin juga dikurangkan kepada RM7.8 bilion daripada RM8.2 bilion.
“Bilangan penerima untuk tahun 2023 juga berkurang kepada 8.7 juta individu.
“Oleh kerana dianggarkan lebih 600,000 isi rumah M40 telah tergelincir ke dalam golongan B40, maka penurunan ini akan menyebabkan lebih ramai rakyat yang akan sengsara pada tahun hadapan,” katanya dalam kenyataan.
Mengulas lanjur Faiz berkata, belanjawan kali ini juga tidak langsung tidak menyentuh mengenai kemerosotan ringgit dan impak terhadap inflasi, serta usaha mengurangkan impak ini.
Sektor pertanian dan agromakanan juga menurutnya tidak menerima perhatian yang secukupnya dalam belanjawan kali ini.
“Apakah reformasi pertanian yang boleh dilakukan jika tiada perbelanjaan yang secukupnya?
“Hasilnya, sektor pertanian akan kekal di takuk lama dan poket penduduk luar bandar tidak mampu dikembangkan,” katanya.
Belanjawan dibentangkan Zafrul pada Jumaat lalu memperuntukkan perbelanjaan paling tinggi dalam sejarah iaitu sebanyak RM372.3 bilion walaupun hasil kerajaan diunjurkan jatuh tahun hadapan. (Belanjawan 2023 meningkat RM40.2 bilion berbanding tahun 2022).
Difahamkan peruntukan perbelanjaan pembangunan untuk Kementerian Pertanian dan Industri Makanan hanya dinaikkan 0.12 peratus ke RM1.54 bilion.
Sementara itu Faiz mempersoal, dari mana kerajaan mendapatkan sumber hasil kerajaan, sama ada menggunakan pinjaman luar negara atau GST.
Ini kerana jelasnya, daripada RM95 bilion yang diperuntukan untuk perbelanjaan pembangunan, tidak ada satu pun projek mega baharu diumumkan.Adakah BN akan laksana semula GST
Ini bermaksud, tiada projek yang mempunyai kesan pengganda (multiplier effect) yang tinggi yang mampu merangsang ekonomi di bawah terutama perusahaan kecil sederhana (IKS). Yang ada hanyalah projek lanjutan sahaja.
0 Comments