Umno akan dikalahkan jika peratusan keluar mengundi tinggi


PAKATAN HARAPAN (HARAPAN) mampu memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) jika peratusan keluar mengundi kali ini melebihi 70 peratus.

"Sekiranya jumlah keluar mengundi lebih 16 juta orang, maka kemenangan untuk HARAPAN lebih cerah. Disebabkan itu, kita harap pengundi luar dan anak muda tidak melupakan tanggungjawab mereka keluar mengundi undi.

Tetapi jika hanya 12 juta sahaja keluar mengundi atau kurang dari itu, peluang tinggi untuk BN menang memandangkan mereka dilihat bergantung kepada pengundi tegar mereka semata-mata.

"Justeru, peratusan keluar mengundi menjadi barometer yang menentukan keputusan PRU15 akan datang," kata Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong dalam satu sidang akhbar pada Isnin.

Beliau merujuk jumlah peratusan keluar mengundi pada PRU14 yang mencatatkan penyertaan 83 peratus atau 12.4 juta pengundi daripada jumlah keseluruhan pengundi iaitu seramai 14.9 juta.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan pertambahan jumlah pengundi selepas Undi18 dan daftar automatik menjadikan jumlah pengundi meningkat kepada lebih 21 juta.

Katanya, pertambahan hampir 40 peratus jumlah pengundi itu pastinya akan mempengaruhi kemenangan sesebuah parti.

Seorang penganalisis politik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali sebelum ini dilapor media sebagai berkata, peratusan mengundi yang rendah boleh memberikan kelebihan buat Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk menang.

Mengundi penting untuk tentukan masa depan kita


Dapat dijangka peratusan mengundi akan rendah sekiranya ia pilihan raya berlangsung dalam keadaan cuaca tidak menentu atau banjir.


Walau bagaimanapun tegas Chin Tong, tidak mustahil keputusan Ismail Sabri Yaakob mengadakan PRU15 dalam tempoh Monsun Timur Laut akan memakan diri kerana ia akan membangkitkan kemarahan rakyat terhadap Umno-BN.

Post a Comment

0 Comments