PAKATAN HARAPAN (HARAPAN) Sabah mahu Putrajaya membuat kenyataan mengecam kenyataan dibuat Senator Filipina, Francis Tolentino bahawa Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina (DFA) harus merebut peluang untuk meneruskan tuntutan mereka terhadap Sabah.
Kenyataan bersama oleh Pengerusi HARAPAN Sabah Christina Liew, Presiden Upko Wilfred Madius Tangau, Ketua DAP Sabah Frankie Poon, Ketua KEADILAN Sabah Sangkar Rasam, dan Ketua Amanah Sabah Lahirul Latigu itu menegaskan bahawa kenyataan Tolentino itu amat berbahaya dan dilihat telah mencabar kedaulatan negara secara terbuka.
“Ini adalah satu ancaman terhadap kepada keselamatan Sabah dan rakyatnya.
“Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kenyataan ini boleh mencetuskan kebencian dan kemarahan warga Filipina terhadap kerajaan Malaysia dan Sabah kerana wujudnya dakwaan bahawa mereka yang berada di Sabah menerima layanan buruk dan dinafikan akses kepada kemudahan kesihatan dan faedah keselamatan sosial meskipun beranggapan bahawa Sabah adalah ‘milik’ Filipina,” kata kenyataan itu.
Tolentino dipercayai telah membuat kenyataan itu berikutan keputusan timbang tara yang dituntut oleh waris Sultan Sulu terhadap kerajaan Malaysia.
"Ini telah memperlihatkan tindakan seorang Senator asing yang secara terbuka menuntut kerajaannya untuk meneruskan tuntutan mereka kepada Sabah.
“Berapa banyak lagi ancaman kepada Sabah dan rakyatnya harus dibuat supaya kerajaan persekutuan akan mengambil usaha yang serius untuk memutuskan penyelesaian yang komprehensif dan tegas terhadap masalah yang sekian lama dibiarkan berterusan ini?,” tambah mereka.
Tolentino dalam gesaannya supaya Flipina menuntut kembali Sabah jelas mereka turut mendakwa seramai 750,000 rakyat Filipina hidup tanpa faedah kesihatan, keselamatan sosial dan tanpa kewarganegaraan ada di Sabah.
Justeru tegas HARAPAN Sabah, perkara itu wajar diambil perhatian serius dan ditangani segera oleh kerajaan.
![]() |
Kedaulatan Sabah mesti dipertahankan |
“Empat kategori itu ialah pelarian, orang tanpa kerakyatan, pendatang tanpa izin dan mereka yang telah memperoleh kad pengenalan Malaysia secara haram,” kata mereka.
0 Comments