Waris Sultan Sulu mohon mahkamah rampas aset M'sia


WARIS Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram II, sedang dalam proses mengemukakan permohonan kepada mahkamah Belanda untuk menyita aset milik Petroliam Nasional Bhd (Petronas) di negar itu.

Perkara itu dimakumkan peguam mereka seperti dilapor beberapa agensi berita antarabangsa termasuk Rauters.

Paul Cohen, peguam bersama utama untuk waris sultan dari firma guaman British 4-5 Gray's Inn Square, menerusi satu kenyataan yang dipetik agensi berita itu memaklumkan pihaknya mengemukakan petisyen eksekuatur kepada Mahkamah Rayuan The Hague, meminta keputusan Timbang Tara bertarikh 28 Februari 2022 diiktiraf di Belanda.

"Pemfailan di Belanda ini tidak lama lagi akan disusuli tindakan penguatkuasan lain, merangkumi pelbagai jenis, pelbagai bidang kuasa.

"Ini mungkin termasuk kaitan langsung aset Malaysia tertentu di Belanda dan tempat lain," kata Cohen yang turut memberitahu bahawa pihaknya juga akan membuat makluman rasmi kepada Kerajaan Malaysia dalam masa terdekat.

Pada Februari lalu, sebuah mahkamah timbang tara Perancis memerintahkan Malaysia membayar sejumlah AS$15 bilion (RM69.5 bilion) - anugerah timbang tara kedua terbesar pernah direkodkan - kepada waris sultan Sulu yang terakhir.

Malaysia memperoleh penangguhan keputusan itu sementara menunggu rayuan, tetapi anugerah itu tetap boleh dikuatkuasakan di luar Perancis mengikut perjanjian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai timbang tara antarabangsa.

Pada Julai lalu Waris Kesultanan Sulu dilaporkan telah merampas aset dua anak syarikat Petronas di Azerbaijan.

Bagaimanapun kedua-dua anak syarikat Petronas terbabit sudah pun terlebih dahulu melupuskan semua asetnya di Azerbaijan.

Difahamkan pertikiaan bermula apabila bekas Perdana Menteri Najib Razak menghentikan bayaran kira-kira AS$1,000 setahun yang diterima waris Kesultanan Sulu pada 2013 sejak perjanjian 1978.

Malaysia sebelumnya menghormati perjanjian 1878 ditandatangani Sultan Mohamet Jamal Al Alam (Sultan Sulu ketika itu) dengan dua penjajah Eropah, Baron de Overbeck dan Alfred Dent untuk menggunakan wilayah yang kini dikenali sebagai Sabah itu.

Malaysia hentikan bayaran tahunan sejak 2013
Putrajaya menghentikan bayaran berkenaan selepas pengikut 200 anggota militan yang merupakan Jamalul Kiram III menceroboh Sabah bagi menuntut semula tanah berkenaan dari Malaysia.
 
Waris sultan itu kemudiannya membuat tuntutan di mahkamah timbang tara atas pemberhentian pembayaran. Malaysia tidak menyertai atau mengiktiraf timbang tara itu.

Post a Comment

0 Comments