SEORANG Naib Presiden KEADILAN, K Saraswathy membuat laporan polis ke atas Presiden MIC SA Vigneswaran dan timbalannya M Saravanan, atas dakwaan berniat jahat terhadapnya.
Peguam berusia 54 tahun berkata, beliau membuat laporan itu selepas melihat satu video yang menunjukkan mereka menghasut ahli MIC yang lain untuk membuat serangan peribadi terhadapnya dalam bentuk penderaan lisan.
"Saya, membuat laporan polis ini terhadap Vigneswaran dan Saravanan kerana membuat dan menghasut ahli-ahli mereka membuat serangan peribadi terhadap saya dalam bentuk penderaan lisan.
"Mereka secara bersama atau berasingan telah menghasut seorang ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) dan ahli-ahli MIC lain untuk melancarkan perbuatan jenayah fitnah ini dengan pengetahuan yang jelas dan dengan motif tunggal untuk mencederakan reputasi saya sebagai pemimpin wanita India dalam barisan pembangkang.
"Saya menggesa polis menyiasat semua pihak yang terlibat di bawah peruntukan Kanun Keseksaan tanpa rasa takut dan pilih kasih," katanya pada sidang media selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul.
Beliau turut mendakwa rakaman video dan audio itu kemudiannya ditularkan di seluruh negara melalui ahli-ahli MIC.
Mengulas lanjut mengenai dakwaanya, Saraswathy berkata serangan itu dilakukan secara sistematik untuk menghalangnya daripada mempersoalkan beberapa pemimpin MIC yang didakwa menyeleweng dana awam melalui beberapa entiti yang dikaitkan dengan parti itu.
Entiti itu adalah Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra), Maika Holdings, Maju Institute of Educational Development, dan Yayasan Strategik Sosial.
Sementara itu, Vigneswaran yang dipetik laporan FMT ketika diminta mengulas tindakan Saraswathy itu berkata, pemimpin wanita itu “hanya pandai membuat publisiti murahan”.
Peguam berusia 54 tahun berkata, beliau membuat laporan itu selepas melihat satu video yang menunjukkan mereka menghasut ahli MIC yang lain untuk membuat serangan peribadi terhadapnya dalam bentuk penderaan lisan.
"Saya, membuat laporan polis ini terhadap Vigneswaran dan Saravanan kerana membuat dan menghasut ahli-ahli mereka membuat serangan peribadi terhadap saya dalam bentuk penderaan lisan.
"Mereka secara bersama atau berasingan telah menghasut seorang ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) dan ahli-ahli MIC lain untuk melancarkan perbuatan jenayah fitnah ini dengan pengetahuan yang jelas dan dengan motif tunggal untuk mencederakan reputasi saya sebagai pemimpin wanita India dalam barisan pembangkang.
"Saya menggesa polis menyiasat semua pihak yang terlibat di bawah peruntukan Kanun Keseksaan tanpa rasa takut dan pilih kasih," katanya pada sidang media selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul.
Beliau turut mendakwa rakaman video dan audio itu kemudiannya ditularkan di seluruh negara melalui ahli-ahli MIC.
Mengulas lanjut mengenai dakwaanya, Saraswathy berkata serangan itu dilakukan secara sistematik untuk menghalangnya daripada mempersoalkan beberapa pemimpin MIC yang didakwa menyeleweng dana awam melalui beberapa entiti yang dikaitkan dengan parti itu.
![]() |
Saraswathy mahu polis jalankan siasatan |

0 Comments