Anwar kemuka usul bahasa isu ekonomi rakyat


KETUA PEMBANGKANG
di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan usul  membincangkan permasalahan ekonomi yang melibatkan krisis kenaikan harga barang dan kejatuhan parah mata wang negara.

Menerusi laman Facebook rasminya, Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, usul berkenaan telah diserahkan kepada Speaker Dewan Rakyat, Azhar Harun semalam.

Kedua-dua isu itu jelasnya perlu dibincangkan segera berkenaan telah memberi kesan teruk kepada kehidupan rakyat dan negara.

“Kenaikan harga barang yang mendadak dan kejatuhan nilai mata wang negara terkini memberi kesan terus kepada rakyat baik secara jangka pendek dan jangka panjang.

“Saya berharap usul ini mendapat pertimbangan sewajarnya dari Yang di-Pertua Dewan Rakyat,” katanya.

Ringgit kini menjunam ke paras terendah dalam tempoh 24 tahun berbanding dolar AS - yang mengalami peningkatan berikutan kenaikan kadar faedah.

Kejatuhan milai mata wang itu telah memberi kesan berpanjangan terhadap kenaikan harga barang memandangkan Malaysia bergantung kepada barangan import.

Kenaikan harga barang itu memburukkan kesan kehidupan rakyat yang masih bergelut akibat kesan dari pendemik Covid-19 sejak dua tahun lalu dan krisis pengangguran tinggi.

Jangan biar perut rakyat terus 'kosong'
Difahamkan Dewan Rakyat akan bermula Isnin depan dengan usul kerajaan menjadi keutamaan pada minggu pertama persidangan.

Di bawah peraturan parlimen, perdana menteri boleh menjadikan perbahasan krisis ekonomi sebagai agenda dalam dewan daripada membahaskan rang undang-undang kerajaan.

Anwar yang merupakan Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) baru-baru ini mengutus surat kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob bagi menggesanya membawa usul perbahasan masalah ekonomi negara apabila apabila Dewan mula bersidang. 

Post a Comment

0 Comments