Azam Baki digesa tampil bukti sokong kenyataan dibuatnya


KERAJAAN
Pulau Pinang meminta SPRM menyatakan jumlah kes rasuah dan salah guna kuasa melibatkan penjawat awam di negeri itu serta bilangan mereka yang telah didapati bersalah.

Gesaan itu susulan kenyataan  Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki yang mendakwa perlakuan rasuah dalam kalangan penjawat awam Pulau Pinang adalah membimbangkan.

Mengalu-alukan siasatan SPRM terhadap sebarang kesalahan dilakukan penjawat awam, Ketua Menteri walau bagaimanapun berkata badan itu juga perlu telus.

"Kerajaan negeri mahu SPRM bersikap telus dengan mendedahkan bilangan kes yang dibawa ke mahkamah dan bilangan penjawat awam yang didapati bersalah.

"Kami tidak mahu imej penjawat awam Pulau Pinang dan kerajaan negeri terjejas hanya dengan jumlah laporan yang diterima sejak 2019,” kata Chow Kon Yeow dalam kenyataan.

Tambahnya, kerajaan Negeri sedia bekerjasama dengan SPRM untuk memastikan pegawai yang melakukan kesalahan dikenakan tindakan tegas.

“Tiada sesiapa pun yang kebal daripada undang-undang; dan penjawat awam sama ada dari pihak berkuasa dan agensi Persekutuan, negeri atau tempatan; sesiapa sahaja yang didapati terlibat menerima rasuah, salah guna kuasa dan membuat tuntutan palsu, perlu disiasat dan didakwa secepat mungkin,” tambahnya.

Azam dilaporkan berkata berdasarkan statistik, SPRM menerima 919 aduan mengenai pelanggaran undang-undang berkaitan rasuah di Pulau Pinang sejak 2019 hingga sekarang.

Selain menerima suapan, Azam mendakwa SPRM juga mendakwa menerima aduan melibatkan salah guna kuasa jawatan, misalnya pemberian kontrak kerja kepada keluarga, dan membuat tuntutan palsu.

Sementara itu bekas Ketua Menteri, Lim Guan Eng mahu Azam tampil dengan bukti bagi mengukuhkan dakwaanya itu.
 
Lim berkata, beliau merasa aneh apabila Azam menyatakan rasuah penjawat awam Pulau Pinang membimbangkan “sejak 2019”, ia jelasnya mengambarkan Azam seperti terjebak dalam politik susulan hanya menyebut hanya negeri itu berbanding kerajaan negeri lain.

P.Pinang tak mahu imej penjawat awam terjejas
Jelasnya, walaupun bukan berada dibawah pentadbirannya, beliau telah meninggalkan kerajaan negeri dengan “rekod cemerlang anti rasuah”.

Kerajaan negeri itu jelasnya merupakan negeri pertama menerima pujian daripada Transparency International malah ketua audit negara turut memuji kerajaan Pulau Pinang susulan urus tadbir baik untuk membasmi rasuah.


Post a Comment

0 Comments