'Derita 22 bulan', Umno dan PAS jangan jadi munafik - Khalid Samad


PENGARAH KOMUNIKASI Amanah Khalid Samad membidas Umno dan PAS yang memainkan naratif kononnya rakyat menderita sepanjang 22 bulan dibawah pentadbiran Pakatan Harapan (HARAPAN).

Melalui Facebooknya, Khalid walaupun tidak menafikan kelemahan pentadbiran HARAPAN berkata, Naratif 'penderitaan' yang cuba dijaja kedua-dua parti itu hanya dirasai Umno dan bukanlah rakyat di negara ini.
 
“Sepanjang 22 bulan pentadbiran HARAPAN, memang Umno amat menderita kerana tanpa kuasa kerajaan, tiada lagi sumber kewangan untuk diagih-agihkan kepada kroni mereka melalui pemberian kontrak dan projek.

"Pemimpin mereka tidak lagi boleh sakau duit rakyat dan negara kerana tidak lagi menjadi kerajaan, seperti yang berlaku dalam kes 1MDB.

"Rakyat boleh menerima kesan perubahan positif di bawah pentadbiran HARAPAN, naratif 'derita 22 bulan' hanya terkesan kepada Umno dan PAS,” katanya.

Khalid turut menempelak PAS yang cuba memainkan naratif sama, sedangkan pentadbiran PAS di Kelantan meraih manfaat ketika HARAPAN menjadi kerajaan.

Parti itu jelasnya bukan sahaja  menerima peruntukan RM400 juta ketika HARAPAN menjadi kerajaan, malah setelah menjadi kerajaan secara "pintu belakang" PAS hanya 'mencuci kaki' sahaja menumpang kejayaan hasil pentadbiran cekap HARAPAN.

"Parti itu tidak perlu berlakon turut terkesan dengan 'derita 22 bulan' kerana semasa pentadbiran HARAPAN.

"Sebelum dijatuhkan melalui pengkhianatan Langkah Sheraton, HARAPAN telah melaksanakan sebahagian besar manifesto yang dijanjikan dalam PRU yang lalu," tambahnya.

Sementara itu beliau yang merupakan Ahli Parlimen Shah Alam mempersoalkan jika keadaan negara menjadi bertambah baik selepas PAS dan Umno menjadi kerajaan.

Harga barang lebih murah di-era Umno-PAS?
“Sekarang, Umno bermain drama air mata dan berlagak sebagai juara rakyat kononnya untuk membawa kestabilan dan kemakmuran kepada negara walaupun Umno juga yang menjadi juara isu-isu perkauman dan agama.

“Hukuman penjara terhadap bekas perdana menteri Najib Razak membuktikan bahawa memang wujud jenayah salah guna kuasa dan rasuah," katanya sambil mengingatkan kedua-dua parti itu agar tidak menjadi munafik dengan berpolitik secara prejudis yang jahat dan tidak berasas.



Post a Comment

0 Comments