Lepas dipecat, Zaharin makin bersemangat dedah salah laku Umno

 

BEKAS pemimpin cawangan Umno, Zaharin Mohd Yasin menyifatkan beliau kini “bebas” untuk berjuang menentang pemimpin parti itu yang rasuah.

Zaharin yang dipecat sebagai ahli parti itu melalui mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pada Jumaat berkata, beliau menganggap pemecatannya itu umpama pucuk dicita ulam mendatang.

“Saya tak sedih pun bila kena pecat, saya sudah berjuang. Buat sementara waktu, saya tak menyertai mana-mana parti.

“Saya terima pemecatan ini dengan hati terbuka. Pemecatan ini sebenarnya umpama pucuk dicita ulam mendatang,” katanya menerusi siaran langsung di Facebooknya malam ini.

Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan dalam sidang media mengumumkan pemecatan  Zaharin daripada partiitu  berkuat kuasa serta-merta, mengikut Fasal 10.6 dibaca bersama Fasal 5.9.

Ia dibuat setelah Zaharin dakwanya melanggar Etika Ahli Umno di bawah Fasal 20.9 Perlembagaan Umno.

Dalam mesyuarat sama juga MKT Umno memutuskan untuk mengantung keahlian Ahli Parlimen Pasir Salak,cTajuddin Abdul Rahman dan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar,cMohd Yusof Ismal selama enam tahun.

Sementara itu Zaharin juga berkata, pemecatannya itu hanya menaikkan semangatnya untuk terus mengajak rakyat berbilang kaum menolak Barisan Nasional (BN) dan UMNO bawah pimpinan Ahmad Zahid.

Zaharin dakwa pemecatan untuk diamkannya
"Apakah tujuan (pecat)? Hendak menutup mulut dan mematikan tangan saya dari menulis kemungkaran politik oleh presiden.

"Dari segi bidang kuasa Majlis Kerja Tertinggi UMNO, perkataan pecat tidak tepat kerana saya tidak menerima sebarang tunjuk sebab dan juga dihadapkan ke Lembaga Disiplin.
 

Post a Comment

0 Comments