PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan supaya sebat terbuka sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan.
Bercakap kepada pemberita selepas Program Jelajah HARAPAN Pahang di Mentakab pada Rabu, Anwar berkata debat membabitkan tiga calon Perdana Menteri dari HARAPAN, Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) itu wajar bagi membolehkan rakyat membuat menilai pilihan terbaik untuk mentadbir negara selepas PRU nanti.
Tambahnya, debat itu perlu memberi tumpuan kepada soal dasar dan perancangan bukan berbentuk tuduhan serta dakwaan.
“Saya syorkan dalam PRU15 kali ini, biar perbahasan itu berdasarkan kepada soal dasar dan bukan seperti mana dakwaan komunislah, Yahudilah.
“Calon-calon Perdana Menteri ada perdebatan yang sihat di khalayak umum supaya mereka (rakyat) boleh menilai dasar yang diketengahkan,” katanya.
Anwar dinamakan calon tunggal bagi perdana menteri mewakili HARAPAN, Ismail Sabri dan Mahiaddin Md Yassin masing-masing adalah calon bagi BN dan PN.
Program ceramah diadakan di perkarangan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Mentakab itu turut hadir Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pahang, Datuk Seri Amirudin Shari.
Ribuan orang terdiri dari pelbagai kaum membanjiri pekarangan pusat khidmat tersebut bagi mendengar isu-isu semasa yang disampaikan.
Bercakap kepada pemberita selepas Program Jelajah HARAPAN Pahang di Mentakab pada Rabu, Anwar berkata debat membabitkan tiga calon Perdana Menteri dari HARAPAN, Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) itu wajar bagi membolehkan rakyat membuat menilai pilihan terbaik untuk mentadbir negara selepas PRU nanti.
Tambahnya, debat itu perlu memberi tumpuan kepada soal dasar dan perancangan bukan berbentuk tuduhan serta dakwaan.
“Saya syorkan dalam PRU15 kali ini, biar perbahasan itu berdasarkan kepada soal dasar dan bukan seperti mana dakwaan komunislah, Yahudilah.
“Calon-calon Perdana Menteri ada perdebatan yang sihat di khalayak umum supaya mereka (rakyat) boleh menilai dasar yang diketengahkan,” katanya.
Anwar dinamakan calon tunggal bagi perdana menteri mewakili HARAPAN, Ismail Sabri dan Mahiaddin Md Yassin masing-masing adalah calon bagi BN dan PN.
Beranikah BN-PN sahut ajakan Anwar? |

0 Comments