BEKAS Presiden Umno yang dipenjarakan, Najib Razak dilarang mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kepenjaraan, Supri Hashim berkata, mereka yang sedang menjalani hukuman penjara termasuk bekas perdana menteri itu tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan untuk tujuan kempen pilihan raya.
“Setakat ini (memang) tidak ada apa-apa kenyataan boleh dikeluarkan oleh banduan dalam penjara.. memang tidak dibenarkan, katanya ketika ditemui media selepas majlis perasmian Pameran Menjangkau Abad Dinding Penjara di Melaka semalam.
Supri membuat kenyataan itu sebagai menjawab pertanyaan media sama ada Najib dibenarkan atau tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai PRU15 yang akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.
Mengulas lanjut, beliau berkata, segala surat mahupun dokumen yang mahu dihantar oleh setiap banduan kepada keluarga melalui peguam juga perlu ditapis oleh pihak jabatan Penjara.
TJabatan Penjara juga jelasnya tidak mencampuri soal politik dan hanya melaksanakan tanggungjawab mengikut pemerintahan kerajaan semasa.
“Saya tak boleh mengulas lanjut soal politik yang mana Jabatan Penjara tidak ada kena mengena dengan politik dan kita ikut apa sekalipun (arahan) kerajaan (semasa) yang memerintah,” tambah Supri.Penjara tak benarkan Najib buat kenyataan PRU
Pada 23 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Najib yang didapati bersalah menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd sebanyak RM42 juta.
0 Comments