SEKUMPULAN aktivis Orang Asli mempersoalkan apakah arahan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) yang melarang masyarakat itu di Gua Musang menerima pelawat tanpa kebenaran bermotifkan politik.
Timbalan Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK) Nasir Dollah dipetik laporan media bertanyakan soalan itu kerana ia hanya dikeluarkan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan diadakan tidak lama lagi.
"Saya secara peribadi memang tidak berapa bersetuju dengan tindakan Jakoa melarang orang luar masuk kerana yang pertamanya, hari ini adalah kita akan menghadapi PRU dan sudah tentu akan memberi satu tanggapan yang negatif tentang perkara ini.
"Ini beri gambaran tidak baik kepada demokrasi negara," katanya dipetik.
Sebelum ini tular satu salinan surat Pejabat Jakoa Gua Musang yang mengandungi arahan kepada semua ketua kampung Orang Asli di daerah ini supaya melarang orang luar dari memasuki kawasan mereka tanpa kebenaran Jakoa, Jabatan Perhutanan dan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang.
Arahan bertarikh semalam (19 Okt) menyatakan keputusan itu dibuat semasa mesyuarat jawatankuasa pengurusan bencana daerah Gua Musang pada 12 Okt lalu.
Nasir sementara itu menegaskan larangan itu tidak masuk akal kerana ia turut boleh memudaratkan kebajikan masyarakat apatah lagi saat berhadapan musim tengkujuh.
"Saya bimbang bila berlaku bencana seperti banjir. Selalunya manusia yang pertama membantu Orang Asli di pendalaman adalah NGO dan disusuli agensi-agensi kerajaan.
"Jadi kalau sekatan ini diberi tumpuan lebih pada NGO dan orang perseorangan, ini saya lihat tidak sepatutnya berlaku.
ADS
"Kerana kalau berlaku banjir, sudah tentu NGO dan individu-individu yang beri bantuan tidak dapat masuk jadi Orang Asli tak dapat dibantu," katanya lagi.
Memetik Perlembagaan Persekutuan yang memberi jaminan kepada setiap warganegara Malaysia untuk bebas berpesatuan dan bergerak, Nasir turut berkata pihaknya mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap arahan dibuat tanpa perbincangan dengan pihak berkepentingan.
Nasir persoalkan apa motif larangan |
"Ini adalah perintah yang jelas menyalahi undang-undang. Jakoa adalah sebuah badan yang sepatutnya menjaga kebajikan Orang Asli
"Menjadi pendapat undang-undang kami bahawa Jakoa telah bertindak di luar kewajipan berkanunnya dengan bertindak bertentangan dengan kepentingan Orang Asli," tegasnya.
0 Comments