Komuniti masyarakat Klang mahu Charles terus wakili rakyat



PENYANDANG
kerusi bagi Parlimen Klang selama tiga penggal, Charles Santiago mendapat sokongan dari komununiti masyarakat bagi terus mewakili rakyat kawasan itu.

Timbalan Presiden Dewan Perniagaan Cina Klang, Ter Leong Leng yang dipetik laporan media berkata, mereka mahu Charles terus berada di sana kerana beliau pemimpin yang adil, mesra dan rajin.

“Beliau ada di mana-mana dan berusaha keras membantu penduduk,” kata Ter sambil memuji pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) itu yang menurutnya sentiasa membantu penduduk ketika banjir tahun lalu.
 
Sebelum ini media melaporan Charles akan digantikan dengan ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah sebagai calon Parlimen Klang untuk PRU15.

Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook juga menafikan laporan itu dan menyatakan parti belum ada senarai akhir calon yang akan bertanding pada PRU15.
 
Sementara itu, Ketua Seni Tarian Singa dan Naga Wang Seng Hang, Siow Ho Phiew turut memuji yang sering turun padang dan menyokong acara komuniti.

Katanya, Santiago pernah membantu menganjurkan pertandingan tarian singa di Klang dua tahun lalu.

“Saya terkejut apabila kali pertama Santiago datang untuk menganjurkan tarian singa. Saya terfikir siapa pemimpin India ini yang mahu menganjurkan tarian singa orang Cina,” katanya dipetik.

Charles disifatkan adil, mesra dan rajin
Presiden Persatuan Hokkien Klang, Goh Ah Lek pula berkata, dia membiarkan hal berkaitan politik kepada parti politik sahaja tetapi berharap Santiago diberi peluang mempertahankan kerusinya itu.

“Jika ada Ahli Parlimen yang baru, beliau akan bermula dari bawah tetapi biarkan keputusan itu diputuskan parti,” katanya memaklumkan dia melihat Santiago sebagai individu dan pemimpin yang baik.

Selain aktif di kawasan diwakilinya, Charles juga merupakan wakil rakyat HARAPAN yang lantang dalam setiap sesi Dewan Rakyat.

Post a Comment

0 Comments