FAHMI FADZIL mengakui merasa terkejut dengan keputusan bekas pengasas bersama parti Bersatu, Dr Rais Hussin Mohamed Ariff untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).
Dipetik laporan FMT, Fahmi yang merupakan Ketua Penerangan KEADILAN bagaimanapun melihat tindakan Rais menyertai parti itu adalah usahanya bagi mengislahkan perjuangannya selepas kecewa dengan Bersatu yang bertindak mengkhianati Pakatan Harapan pada Feb 2020.
“Keterbukaan beliau untuk meninggalkan parti yang beliau sendiri bangunkan kerana baginya parti itu telah hilang arah dan jauh menyimpang daripada perjuangan asal,” katanya dipetik laporan itu.
Semalam, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penyertaan Rais kedalam parti itu.
Difahamkan Rais yang juga bekas pengerusi biro strategi dan dasar Bersatu tidak lagi aktif dalam aktiviti parti itu sejak 2020, beliau banyak menumpukan kepada pembangunan EMIR Research sebagai badan pemikir bebas yang menumpukan kepada cadangan dasar strategik.
Rais ketika memaklumkan untuk meninggalkan Bersatu minggu lalu berkata, beliau akan meneruskan perjuangan untuk negara yang lebih baik dalam membantu lebih ramai rakyat berdasarkan lima prinsip teras iaitu reformasi, keadilan, keterangkuman, progresif dan wasatiyyah.
Sementara itu Fahmi berkata, keputusan Rais menyertai KEADILAN merupakan sesuatu yang positif yang membuktikan bekas orang kuat Bersatu itu menerima agenda reformasi didukung KEADILAN.
“Ia adalah langkah yang baik untuk menunjukkan beliau mengakui bahawa perjuangan keadilan ini ada makna, erti dan nilai serta beliau bersedia untuk mengislahkan diri selaras dengan perjuangan KEADILAN,” katanya.
Semalam, Anwar ketika mengumumkan penyertaan Rais memaklumkan kepada media bahawa bekas Pengerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) itu tidak ditawarkan sebarang jawatan atau menjadi calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
“Baiknya, beliau (Rais Hussin) langsung tidak menyentuh soal (jadi calon) itu. Setengah orang fikir bila masuk itu kerana pilihan raya. Dia tidak," kata Anwar.
Dipetik laporan FMT, Fahmi yang merupakan Ketua Penerangan KEADILAN bagaimanapun melihat tindakan Rais menyertai parti itu adalah usahanya bagi mengislahkan perjuangannya selepas kecewa dengan Bersatu yang bertindak mengkhianati Pakatan Harapan pada Feb 2020.
“Keterbukaan beliau untuk meninggalkan parti yang beliau sendiri bangunkan kerana baginya parti itu telah hilang arah dan jauh menyimpang daripada perjuangan asal,” katanya dipetik laporan itu.
Semalam, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penyertaan Rais kedalam parti itu.
Difahamkan Rais yang juga bekas pengerusi biro strategi dan dasar Bersatu tidak lagi aktif dalam aktiviti parti itu sejak 2020, beliau banyak menumpukan kepada pembangunan EMIR Research sebagai badan pemikir bebas yang menumpukan kepada cadangan dasar strategik.
Rais ketika memaklumkan untuk meninggalkan Bersatu minggu lalu berkata, beliau akan meneruskan perjuangan untuk negara yang lebih baik dalam membantu lebih ramai rakyat berdasarkan lima prinsip teras iaitu reformasi, keadilan, keterangkuman, progresif dan wasatiyyah.
Sementara itu Fahmi berkata, keputusan Rais menyertai KEADILAN merupakan sesuatu yang positif yang membuktikan bekas orang kuat Bersatu itu menerima agenda reformasi didukung KEADILAN.
“Ia adalah langkah yang baik untuk menunjukkan beliau mengakui bahawa perjuangan keadilan ini ada makna, erti dan nilai serta beliau bersedia untuk mengislahkan diri selaras dengan perjuangan KEADILAN,” katanya.
Bukti perjuangan KEADILAN diiktiraf |

0 Comments