MANIFESTO Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan dilancarkan pada Konvensyen gabungan itu yang akan diadakan di Ipoh pada Khamis depan.
Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata manifesto itu mengandungi beberapa perkara teras dan perkara yang dimasukkan kedalamnya adalah janji-janji yang kemudian boleh ditunaikan.
"Semalam (Rabu)kita bincang tidak mahu panjang-panjang. Kita tidak mahu janji melangit. Kita janji seperti yang disebut dalam al-Quran ‘kita akan cuba sedaya upaya, sebaik mungkin.
“Tetapi ada teras iaitu berkaitan kos sara hidup, mutu pendidikan, kemudahan kesihatan, peluang pekerjaan dan dari segi pentadbiran hentikan rasuah, ini yang tidak boleh dihentikan kalau jadi budaya,” katanya dalam sidang media di Petaling Jaya semalam.
HARAPAN sebelum ini merancang untuk mengadakan Konvensyen pada 29 Oktober, namun ia dianjakkan kepada 20 Oktober, hari yang sama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Perkembangan itu menyusul pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 10 Oktober lalu yang membubarkan Parlimen Ke-14 untuk memberi laluan kepada PRU15.Rangka manifesto mampu ditunaikan
Susulan pengumuman itu, pilihan raya umum perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran Parlimen mengikut Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan.
0 Comments