PENGASAS Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Dr. Rais Hussin Mohamed Ariff mmembuat keputusan menyambung perjuangan politiknya melalui Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).
Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penyertaan bekas Pengerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) itu dalam satu sidang media pada Khamis.
Menurut Anwar, Rais Hussin tidak ditawarkan sebarang jawatan atau menjadi calon KEADILAN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
“Baiknya, beliau (Rais Hussin) langsung tidak menyentuh soal (jadi calon) itu. Setengah orang fikir bila masuk itu kerana pilihan raya. Dia tidak
"Saya mengalu-alukan penyertaan Rais," jelasnya.
Pada 7 Oktober lalu, Rais yang merupakan bekas Pengerusi Biro Strategi dan Dasar Bersatu menghantar surat rasmi pengundurannya dari parti itu.
Sejak 2020, beliau kurang aktif dalam Bersatu, sebaliknya menumpukan kepada pembangunan EMIR Research sebagai badan pemikir bebas yang menumpukan kepada cadangan dasar strategik.
Sementara itu Rais Hussin memaklumkan keputusannya untuk menyertai parti KEADILAN berdasarkan lima prinsip utama.
“Pertamanya reformasi, keduanya keadilan, ketiganya keterangkuman, keempatnya progresif dan kelimanya wasatiyyah.
“Lima prinsip utama ini adalah sebab saya guna dan saya percaya ketika menubuhkan parti sebelum ini (Bersatu) tahun 2015 saya sudah guna,” kata beliau.
Tambahnya lagi, dengan penyertaan itu beliau akan membantu KEADILAN dalam bentuk penyelesaian terhadap usaha menyelamatkan Malaysia.
Selain Rais Hussin, Anwar pada sidang media itu turut mengumumkan penyertaan Mohd. Jidi Yaakob yang merupakan 'bekas orang kuat' Ismail Sabri Yaakob di Parlimen Bera.
Menurut Jidi Yaakon beliau pernah bersama-sama dengan Ismail ketika menjadi pemimpin Umno di Parlimen itu.
“Saya jadi ahli UMNO dari 1981 terus bertanding jawatankuasa pemuda bersama Ismail Sabri,” katanya.
Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penyertaan bekas Pengerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) itu dalam satu sidang media pada Khamis.
Menurut Anwar, Rais Hussin tidak ditawarkan sebarang jawatan atau menjadi calon KEADILAN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
“Baiknya, beliau (Rais Hussin) langsung tidak menyentuh soal (jadi calon) itu. Setengah orang fikir bila masuk itu kerana pilihan raya. Dia tidak
"Saya mengalu-alukan penyertaan Rais," jelasnya.
Pada 7 Oktober lalu, Rais yang merupakan bekas Pengerusi Biro Strategi dan Dasar Bersatu menghantar surat rasmi pengundurannya dari parti itu.
Sejak 2020, beliau kurang aktif dalam Bersatu, sebaliknya menumpukan kepada pembangunan EMIR Research sebagai badan pemikir bebas yang menumpukan kepada cadangan dasar strategik.
Sementara itu Rais Hussin memaklumkan keputusannya untuk menyertai parti KEADILAN berdasarkan lima prinsip utama.
“Pertamanya reformasi, keduanya keadilan, ketiganya keterangkuman, keempatnya progresif dan kelimanya wasatiyyah.
“Lima prinsip utama ini adalah sebab saya guna dan saya percaya ketika menubuhkan parti sebelum ini (Bersatu) tahun 2015 saya sudah guna,” kata beliau.
Tambahnya lagi, dengan penyertaan itu beliau akan membantu KEADILAN dalam bentuk penyelesaian terhadap usaha menyelamatkan Malaysia.
KEADILAN jadi pilihan kerana asas perjuangan jelas |

0 Comments