KETUA PENERANGAN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Fahmi Fadzil menegaskan bahawa gabungan itu tidak berhasrat menjalin kerjasama dengan Gerakan Tanah Air (GTA) dan Perikatan Nasional (PN).
Perkara itu ditegaskan Fahmi melalui satu kenyataan media petang ini susulan beberapa laporan media yang tidak membuat laporan tepat berhubung kenyataan dibuat Presiden Parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Saya meneliti beberapa laporan media yang membayangkan bahawa Presiden KEADILAN dan Pengerusi Pakatan Harapan, DS Anwar Ibrahim, bersedia dan terbuka untuk bekerjasama dengan GTA atau PN.
"Ini tidak benar. Pendirian KEADILAN dan Pakatan Harapan (HARAPAN) amat jelas, iaitu fokus utama kami adalah untuk memperkukuh Pakatan Harapan itu sendiri," tegas penyandang kerusi Parlimen Lembah Pantai itu lagi.
Media hari ini membuat laporan berita dengan tajuk menggambarkan Anwar bersetuju menjalin kerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohammad dan Mahiaddin Md Yassin.
Dalam kenyataannya Pengerusi HARAPAN itu berkata, gabungan itu komited dalam melaksanakan agenda reform (pembaharuan), melawan gejala rasuah dan penyalahgunaan rasuah.
"Sesiapa saja yang bersetuju dengan prinsip ini, jelasnya boleh datang dan berbincang kami dan ruang kerjasama adalah terbuka.Prinsip GTA dan Bersatu tak sama dengan HARAPAN
Namun dalam kenyataanya juga Anwar menegaskan bahawa gabungan itu tidak bersetuju dengan dasar perkauman atau fanatik agama yang menjadi prinsip utama kepada gabungan itu.
Sedangkan GTA dan Bersatu merupakan parti politik berideologi perkauman sama seperti diamalkan parti Umno.
0 Comments