Kenyataan BN Pulau Pinang sombong - Ketua Menteri

 


TINDAKAN Umno-BN Pulau Pinang membidas kerajaan negeri kerana tidak membubarkan DUN serentak dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) merupakan bukti mereka tidak sensetif terhadap kemungkinan dihadapi rakyat ketika musim tengkujuh, kata Ketua Menteri,Chow Kon Yeow.

Merujuk kepada kenyataan Pengerusi BN Pulau Pinang, Musa Sheikh Fadzir pada Ahad bahawa Pakatan Harapan (HARAPAN) sengaja menjadikan kemungkinan banjir untuk tidak membubarkan DUN, Kon Yeow menegaskan bahawa keputusan untuk menangguhkan pilihan raya peringkat DUN adalah berdasarkan amaran yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi berhubung cuaca.

"Itu adalah kenyataan sombong dan tidak sensitif dengan sebarang kemungkinan yang akan dihadapi rakyat.

"Mengenai kenyataan Umno kononnya kita memberi alasan untuk fokus kepada banjir, kita tunggu dan lihat lah, sama ada banjir akan berlaku atau tidak.

"Sekarang pun dah jadi (banjir) di beberapa kawasan dan orang yang sama akan kritik kerajaan negeri jika berlaku banjir," katanya.

Sheikh Fadzir dipetik laporan media turut mencabar HARAPAN Pulau Pinang untuk tidak meletakkan calon di kerusi Parlimen pada PRU kali ini, jika mereka benar-benar serius dengan keselamatan rakyat.
 
Mengulas lanjut, Kon Yeow yang juga Pengerusi DAP Pulau Pinang berkata, pertarungan untuk kerusi Parlimen itu adalah satu hakikat dan kerajaan negeri akan memfokuskan kerusi-kerusi Parlimen yang dipertandingkan.
 
Majlis Presiden HARAPAN sebelum ini menetapkan bahawa negeri ditadbir gabungan itu tidak akan membubarkan DUN Sehingga penghujung tahun ini, ia bagi memastikan jentera kerajaan negeri dapat diatur dengan berkesan sekiranya berlaku bencana banjir.

Minggu lalu beberapa kawasan di Johor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah dilapor dilanda banjir kilat.

Perdana Menteri, Ismail Sabri sendiri sebelum ini dikritik kerana membubarkan DUN ketika negara sedang berdepan fenomena perubahan monsun yang meningkatkan risiko banjir kilat.

Sementara itu Kon Yeow ketika mengulas persidangan DUN Pulau Pinang yang akan dijadualkan pada November ini berkata, perkara itu akan dibawa ke Mesyuarat Exco Pulau Pinang pada Rabu ini.

"Saya akan mencadangkan dalam Mesyuarat Exco pada Rabu ini iaitu persidangan DUN Pulau Pinang akan tetap dilaksanakan pada 4 November ini. Bagaimanapun, ia hanya melibatkan sesi soal jawab dan selebihnya seperti pembentangan bajet akan dibuat kemudian.

Umno tak peduli nasib rakyat ditimpa musibah?
"Persidangan akan ditangguhkan sehingga hari pembuangan undi dan untuk itu, ia tertakluk kepada tarikh (pembuangan undi) oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Tarikh akan ditetapkan mengikut keputusan SPR.

"Ia bagi membolehkan petugas daripada agensi kerajaan yang terlibat dalam persiapan PRU memberi fokus kepada kerja-kerja mereka dan tidak terganggu dengan penugasan lain," katanya dipetik.

Post a Comment

0 Comments