Ikut perjuangan Nabi, lawan segala kebobrokan - Anwar


PENGERUSI
Pakatan Harapan (HARAPAN) menggesa rakyat semua lapisan di negeri ini melawan segala kebobrokan akhlak dan penyelewengan nilai politik yang semakin menggila ketika ini.

Menerusi satu hantaran di Facebook sempena sambutan Maulidur Rasul pada Ahad, Anwar berkata langkah itu perlu dilaksanakan seiring dengan perjuangan Nabi Muhammad SAW.

“Sebagai penutup kepada para anbiya, junjungan baginda Rasulullah SAW meneruskan kesinambungan tradisi nabawi dengan mesej penting agar kita sentiasa beriltizam memperjuangkan kebenaran dan keadilan, serta membanteras segala bentuk kejahilan dan kezaliman.

“Rahmat agung yang dibawa oleh baginda ialah dengan mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada benderang cahaya, dan daripada perhambaan manusiawi kepada kebebasan hakiki.

Jadikan akhlak Rasulullah sebagai panduan
“Justeru, mesej pengutusan Rasulullah SAW bagi menyempurnakan akhlak al karimah dan sahsiah insaniah, adalah ingatan buat umat untuk melawan segala kebobrokan akhlak dan penyelewengan nilai politik yang semakin menggila dewasa ini,” katanya.

Melalui kenyataan itu juga Presiden KEADILAN itu menyatakan harapannya agar seluruh  masyarakat sentiasa dikurniakan hidayah dan kekuatan dalam meneladani keperibadian dan perjuangan baginda yang merupakan suri teladan buat umat manusia sekaliannya.

 

Post a Comment

0 Comments