PENURUNAN cukai pendapatan individu sebanyak 2% dalam Bajet 2023 tidak akan meringankan beban rakyat yang makin tertekan dengan kenaikan kos hidup, kata Mahfuz Omar.
Naib Presiden Amanah itu menjelaskan, faktor ringgit yang semakin lemah juga tidak akan membantu kumpulan berpendapatan RM50,00 hingga RM100,000 untuk mempunyai lebih kewangan dalam poket mereka.
Malah matlamat kerajaan yang kononnya mahu meningkatkan kuasa membeli rakyat dilihat tidak realistik kerana rakyat sebenarnya perlu berbelanja lebih disebabkan kenaikan kadar inflasi kepada 4.7% pada Ogos lalu.
“…kerana kejatuhan nilai ringgit, kita perlu mendapatkan barangan keperluan hidup pada kadar yang tinggi,” katanya mengulas pengumuman bajet 2023 yang mencadangkan cukai pendapatan individu dikurangkan sebanyak 2% bagi mereka yang berpendapatan RM50,001 hingga RM100,000.
Mengulas lanjut belanjawan terbesar pernah dibentangkan itu Mahfuz mempersoalkan dari mana sumber kewangan akan digunakan untuk merealisasikannya.
Beliau tidak menolak kemungkinan Barisan Nasional (BN) akan memperkenalkan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sekiranya mereka memenangi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

![]() |
Dari mana sumber nak laksana belanjawan? |
“Kerajaan tidak menyatakan sumber pendapatan baru, kita menjangkakan akhirnya kerajaan terpaksa melaksanakan bajet itu dan akhirnya mengambilnya daripada rakyat melalui GST.
“Akhirnya, belanjawan itu memberikan kewangan untuk kerajaan berbelanja melalui cukai GST,” ujarnya.
GST diperkenalkan kerajaan BN pada tahun 2015 dengan kadar 6% dan digantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) apabila kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) mengambil alih tampuk pemerintahan negara