Umno 'bunuh diri' jika panggil PRU pada musim tengkujuh - Rafizi

KEADILAN dan rakan sekutunya dalam Pakatan Harapan (HARAPAN) mempunyai peluang lebih besar menang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU) jika ia diadakan pada musim tengkujuh.

Rafizi Ramli ketika berucap di Taman Malawati sempena Rapat Mega diadakan parti itu malam tadi berkata, sehingga kini kerajaan Persekutuan masih gagal menangani isu banjir dengan baik.  
 
"Saya nak beritahu kepada rakyat Malaysia, kepada PM Ismail Sabri, kepada orang Umno. Kalau kamu berani panggil pilihan raya masa banjir, kamu panggil.

"Masalah banjir ni satu hal. Jangan ambil mudah soal banjir.

"Lagi lama kamu (Umno) ratib nak masuk pilihan raya, lagi dekat kita nak masuk tengkujuh, lagi besar peluang KEADILAN untuk menang dalam pilihan raya,” kata bekas ahli parlimen Pandan itu.

BACA: Anwar kemuka usul tubuh Jawatankuasa Khas Perubahan Iklim

Rafizi sebelumnya merujuk nasib yang menimpa Parti Republikan dalam pilihan raya Amerika Syarikat (AS) pada 2008.

Republikan jelasnya lupa tahun-tahun terakhir George W Bush menjadi presiden menyaksikan selatan Amerika dilanda banjir yang tidak pernah berlaku sebelum itu akibat Taufan Katrina, namun berbanding membantu rakyat terjejas, mereka lebih sibuk mahu mengadakan pilihan raya.

"Republikan kalah 2008 masa Obama menang adalah kerana rakyat Amerika ni tengok masa orang susah, tenggelam rumah, kamu dengan kuasa kamu, sibuk dengan pilihan raya lalu mereka dihukum.

"Banjir tak selesai sampai sekarang. Saya akan bagitau (presiden KEADILAN) Anwar (Ibrahim) kalau dia jadi PM ini masa bukan nak berpolitik, ini masa kita gembeleng semua rakyat kita bersedia untuk hadapi yang paling buruk yang kita akan hadapi,"tambahnya.

Rafizi gesa jangan ambil mudah isu banjir
Sementara itu, Anwar dalam ucapannya turut mengakui Anwar tidak akan berdepan laluan mudah mentadbir negara sekiranya HARAPAN mengambil alih Putrajaya.

“Sebagai sebuah negara, kita tersangkut.

“Kalau Datuk Seri Anwar jadi perdana menteri, saya kata tidak mudah jadi perdana menteri sekarang. Kita akan mewarisi negara yg ‘cukup sakit’,” katanya yang merujuk kepada isu rasuah dan pelbagai masalah lain melanda negara ekoran kelemahan kerajaan sedia ada.

Post a Comment

0 Comments