Sultan Selangor tarik balik darjah kebesaran Najib dan Rosmah


SULTAN
Selangor Sharafuddin Idris Shah dilapor menarik balik darjah kebesaran negeri yang dianugerahkan kepada bekas Presiden Umno, Najib Razak ditarik balik hari ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Haris Kasim memaklumkan perkara itu dalam satu kenyataan dengan menambah bahawa darjah kebesaran Rosmah Mansor yang merupakan isteri Najib turut ditarik balik.

Kenyataan itu turut menyebut, penyingkiran darjah kebesaran itu selaras dengan hak prerogatif sultan untuk berbuat demikian di bawah undang-undang tubuh negeri dan statut mengenai gelaran.
 
"Beliau (Najib) telah didakwa di Mahkamah Tinggi di atas beberapa pertuduhan yang melibatkan kes salah guna kuasa, pecah amanah dan penggubahan wang haram ke atas dana SRC International Sdn Bhd.

“Pada 23 Ogos 2022, Mahkamah Persekutuan telah mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap beliau yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini.

"Maka dengan ini, atas sabitan dan hukuman yang telah dijatuhkan terhadap beliau, Keahlian beliau sebagai penyandang Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) Kelas Pertama yang membawa gelaran Dato’ Seri dan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor (DPMS) Kelas Kedua yang membawa gelaran Dato’ adalah ditarik balik dan dibatalkan berkuat kuasa pada 12 September 2022," kata kenyataan Selangor Royal Office itu.

Sebagai rekod, Sultan Selangor telah menggantung gelaran untuk Najib dan Rosmah pada 2019, sementara menunggu keputusan kes mahkamah mereka.

Rosmah pada 2005  dianugerahkan SPMS Kelas Pertama yang membawa gelaran Datin Paduka Seri.

“Beliau (Rosmah) telah didakwa di Mahkamah atas tiga pertuduhan yang melibatkan kesalahan meminta dan menerima rasuah.

“Pada 1 September 2022, Mahkamah Tinggi telah mensabitkan dan menjatuhkan hukuman terhadap beliau atas semua pertuduhan yang dihadapkan kepadanya.

Darjah kebesaran dilucutkan lepas sabitan rasuah
"Maka dengan ini, atas sabitan dan hukuman yang telah dijatuhkan terhadap beliau, Keahlian beliau sebagai penyandang Darjah Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) Kelas Pertama yang membawa gelaran Datin Paduka Seri adalah ditarik balik dan dibatalkan berkuat kuasa pada 12 September 2022," kata kenyataan itu lagi.
,
Selain di Selangor,  Pasangan itu juga telah dilucutkan gelaran mereka di Negeri Sembilan pada 2018.

Post a Comment

0 Comments