KETUA Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Tengku Zafrul Abdul Aziz sebagai bukan menteri kewangan yang bertanggungjawab.
Bercakap dihadapan kira-kira 5,000 penyokong pada perhimpunan "Rapat Mega Keadilan" di Taman Melawati, Kuala Lumpur pada Ahad, Anwar berkata di Parlimen beliau keberatan bertanya banyak soalan kepada Zafrul kerana jawatan bekas tokoh korporat dalam bidang perbankan itu bukan jawapan yang sepatutnya disampaikan oleh mana-mana menteri kewangan yang bertanggungjawab.
"Bila kita cakap soal bank, rakyat susah peniaga-peniaga kecil susah. Dia jawab mempertahankan bank bukan mempertahankan rakyat di bawah," kata Anwar yang juga bekas menteri kewangan.
Ringgit Malaysia (RM) dilaporkan jatuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), melepasi paras psikologi RM4.50 pada 6 Sept.
Ringgit kehilangan sembilan peratus nilainya jika dibandingkan dengan dolar AS dalam tempoh setahun.
Pentadbiran Ismail Sabri Yaakob dan Zafrul sendiri dikritik susulan sikap berdiam diri mereka ketika rakyat mahu penjelasan berhubung situasi sebenar ekonomi negara.
Sementara itu, Anwar ketika mengulas rasa kecewanya berkata, negara pernah berdepan situasi sukar, namun ia dapat ditangani dengan baik dengan adanya usaha keras kerajaan ketika itu.
"Kita pernah melalui krisis ekonomi yang besar (pada 1997). Serangan di Thailand ke atas baht, merudum ekonomi Thailand. Disambung rupiah di Indonesia, merudum Indonesia. Kemudian won di Korea dan kita mendapat tempias yang dahsyat.

Anwar kritik kelemahan Zafrul sebagai menteri |
"Apa kita lakukan? Kita adakan mesyuarat perbincangan langkah-langkah setiap hari dan rakyat dimaklumkan tentang langkah-langkah yang diambil dan langkah-langkah yang perlu dimaklumkan kepada rakyat.
"Hari ini, seperti saya sebut, merudum ringgit dalam keadaan ekonomi Asia tidak merudum kita merudum dan tidak ada maklumat (daripada menteri kewangan),” kata tokoh yang pernah dinobatkan sebagai menteri kewangan terbaik Asia itu.
0 Comments