SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menegaskan bahawa pengampunan diraja tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya.
Melalui satu kenyataan, baginda berkata, rakyat di negara ini mesti memahami bahawa proses itu mesti mengikut lunas dan prosedur yang diperuntukkan bahawa Perlembagaan dan undang-undang berkaitan.
“Beta menzahirkan sokongan padu terhadap titah Yang di-Pertuan Agong berkaitan dengan kuasa prerogatif pengampunan yang tidak boleh dilaksanakan sewenang-wenangnya demi kepentingan pihak tertentu,” katanya dalam kenyataan.
Baginda turut menyeru rakyat agar sentiasa menghormati kedaulatan undang-undang dan kebebasan badan hehakiman.
Malah tegasnya Perlembagaan jelas memperuntukkan bahawa semua rakyat sama rata di sisi undang-undang tanpa mengira kedudukannya.
“Ini bermakna rakyat, tidak mengira status, jawatan, bangsa, dan keturunan tertakluk dan bertanggungjawab kepada undang-undang sama,” katanya.
Walaupun tidak jelas mengapa titah itu dikeluarkan, baginda dipercayai mengulas tindakan penyokong bekas Perdana Menteri, Najib Razak yang mengadakan himpunan bagi menggesa Ahli Parlimen Pekan itu diberi pengampunan oleh Seri Paduka Baginda yang di Pertuan Agong.
Istana Selangor semalam dilapor telah menarik balik darjah kebesaran dianugerahkan Selangor kepada Najib dan isterinya, Rosmah Mansor selepas keduanya disabitkan kesalahan rasuah di Mahkamah.
Sementara itu Sultan Sharafuddin menegaskan bahawa baginda mengikuti dengan rapat perkembangan isu berkaitan sistem pentadbiran keadilan negara kebelakangan ini
Justeru baginda bertitah agar semua pihak bertanggungjawab memelihara nama baik badan kehakiman, sambil mengingatkan cabang eksekutif agar sentiasa mendukung penuh prinsip kebebasan kehakiman dan mengelak dari sebarang cubaan mempengaruhi proses pentadbiran keadilan.
“Setiap rakyat berkehendakkan keadilan, kesaksamaan, serta ketelusan daripada badan kehakiman atas sesuatu kes yang diadili,” katanya.
Dalam kenyataan sama, baginda turut membidas tuduhan-tuduhan yang dilemparkan terhadap badah kehakiman tanpa mengetahui fakta dan alasan penghakiman sesuatu kes.
“Sebarang tohmahan tidak berasas kan mengundang persepsi negatif terhadap kebebasan badan kehakiman dan pasti menghakis keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap sistem pentadbiran keadilan,” katanya.

Pelihara nama baik institusi kehakiman-Sultan |

0 Comments