Anwar isytihar perang, gempur kawasan 'pengkhianat'


PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengisytiharkan perang di kerusi dipegang “pengkhianat”.

Pengumuman itu dibuat Anwar dalam acara Rapat Mega (himpunan mega) pertamanya malam tadi di Melawati, kawasan dibawah Parlimen Gombak yang disandang bekas Timbalan Presiden parrti itu yang berpaling tadah dalam 'Langkah Sheraton' pada Febuari 2020.

Anwar dalam ucapannya secara berterus terang mengakui kehadiranya untuk “menyerang” kawasan dipegang oleh “pengkhianat” dan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menuntut semula kawasan pilihan raya daripada mereka yang mengkhianati kepercayaan pengundi terhadapnya.
 
“Dengar sini baik-baik, rakan-rakan di Gombak, Ampang dan sekutu-sekutu.

“Dalam strategi pilihan raya kita, kawasan paling kuat yang kita akan menyerang adalah kawasan yang dipilih rakyat, yang dipilih untuk bela nasib rakyat, yang dipilih atas nama prinsip perjuangan keadilan, kemudian khianati mereka.

Ribuan orang hadir Rapat Mega di Gombak
“Sebab itu kawasan ini jadi tumpuan kita untuk hukum dan humban mereka.” kata Anwar disambut sorakan ribuan penyokong yang hadir.

Anwar sementara itu melahirkan keyakinan bahawa KEADILAN dan Pakatan Harapan (HARAPAN) akan merampas semula kerusi Gombak pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).


Post a Comment

0 Comments